Friday, September 25, 2009

Nostalgia Ramadhan Satu Muhasabah

Alhamdulillah...

Kita umat Islam seluruhnya baru sahaja menjalani satu medan madrasah yg khusus buat diri kita umat Islam sebagai bekalan untuk dibawa sepanjang tahun yg akan datang sebelum tibanya madrasah baru.Insya Allah,dengan izin Allah...

Madrasah apa agaknya???
Tentulah madrasah yg datangnya sentiasa dinanti-nanti oleh gol yg ingin merebut khazanah2 yg disediakan Allah yg mana mereka ini menyambutnya dengan penuh kegembiraan manakala berpisah dengannya dengan penuh tangisan serta kesyahduan.Itulah merupakan madrasah Ramadhan...

Selepas masuknya waktu solat Maghrib hari ini,genaplah tujuh hari lamanya kita sudah meninggalkan Ramadhan ya'ni tujuh Syawal.Persoalan utama yg berbangkit sekarang ini,setakat mana madrasah Ramadhan yg meninggalkan kita itu memberi kesan malahan menimbulkan nostalgia dalam diari kehidupan seharian kita.

Seluruh umat Islam menyambut kedatangan Syawal dalam erti kata lain ditinggalkan oleh Ramadhan dalam pelbagai bentuk versi sambutan.Yang paling penting,kegembiraan nyata terserlah di wajah2 mereka yg betul2 bersungguh dalam menggali khazanah2 Allah yg tersedia di sepanjang bulan Ramadhan apabila berakhirnya Ramadhan.Mereka bukan sahaja mampu menahan lapar dan dahaga malahan mengekang gelojak hawa nafsu daripada melakukan perkara2 yg ditegah oleh Allah.Jadi,Syawallah merupakan platfom bagi mereka menzahirkan rasa gembira,rasa syukur ke hadrat Allah,melaungkan takbir tanda kemenangan setelah menerima ujian Allah selama sebulan.

Tidak ketinggalan juga buat golongan yg agak kontra berbanding golongan yg satu lagi.Mereka menerima Syawal dengan penuh keengganan dan penyesalan.Madrasah agung ini yg sepatutnya digunakan untuk menyucikan diri tidak digunakan dengan sepenuh hati berbekalkan kesungguhan.Sememangnya mereka tahu akan kelazatan beribadah di bulan Ramadhan,namun tuntutan hawa nafsu kadang kala dituruti sepanjang berada dalam madrasah Ramadhan.Komitmen yg dicurahkan tidaklah seratus peratus tetapi hanya bergantung kepada semangat diri.Apabila bersemangat,segala mungkin ibadah cuba dilakukan sebaliknya ketika berada dalam keadaan futhur(lemah) mereka berputus asa serta turun setelah tinggi mendaki.Penyesalan setelah berada di akhir2 Ramadhan.Penyesalan akibat kelalaian diri.

__________________________________________________

Memang tepat sekali!!!
Pada awalnya Rahmat,pertengahannya Maghfirah dan pengakhirannya Pembebasan dari Api Neraka.Cuma,persoalan di sini apakah kita memahami dan merasai erti di sebalik Rahmat,Maghfirah dan Pembebasan dari Api Neraka itu.

Apabila seseorang menghadiahkan kepada kita sesuatu barang umpamanya,kita sudah tentu dapat memahami,merasai akan kenikmatan mendapat barang tersebut.Tetapi,adakah kita semua memahami,merasai akan kenikmatan Rahmat,Maghfirah dan Pembebasan dari Api Neraka yg disyorkan,dihadiahkan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.Inilah yg menjadi tuntutan bagi kita untuk bermuhasabah diri.Apakah sebenarnya nostalgia yg kita tinggalkan ketika berada dalam madrasah Ramadhan.Pahit???Masam???Manis???Segalanya bergantung kepada ketentuan kita untuk mencoraknya tetapi ketentuan Allah itulah yg lebih utama.

__________________________________________________

Kita sudah menutup diari Ramadhan kita.
Seribu satu nostalgia kita rakamkan dalam diari tersebut.

Tapi,adakah kita menjadi insan Rabbaniyah atau insan Ramadhaniah???
Pada bulan Ramadhan,segala macam bentuk ibadah kita laksanakan umpamanya membaca Quran,Qiamulail,bersedekah,beri'tikaf dan sebagainya.Selepas Ramadhan meninggalkan kita,adakah kita masih lagi terus komited untuk mengamalkan ibadah2 tersebut dengan penuh kesungguhan dan istiqamah pada bulan2 lain dalam kalendar Islam???
Tepuk dada,tanya iman.Kitalah pencorak diari kehidupan seharian kita selepas ini.
Sama ada,ingin menjadi insan Rabbaniyah ataupun insan Ramadhaniah.Sama ada kita beramal untuk sepanjang bulan ataupun pengkhususan amal itu hanya pada bulan Ramadhan.

Nostalgia Ramadhan Satu Muhasabah.

Semuga kita semua tergolong dalam golong A'idiin Wal Faiziin selepas menjalani madrasah Ramadhan ini.

Salam Aidul Fitri!!!
Taqabbalallahu minna wa minkum...

0 comments:

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008