Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Terakhir...?

Adakah Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat diri kita...?

Wallahu 'alam.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.Akan tetapi,apabila kita membayangkan diri kita akan mati pada esok hari,lusa,minggu depan,bulan hadapan,pada detik-detik yg akan datang kemudiannya sudah tentu kita akan mempersiapkan diri dengan bekalan amalan sebanyaknya.Bahkan kita tidak akan lagi terikat dengan habuan dunia,dunia hanya diletak di dalam genggaman dan bersedia melepaskannya pada bila-bila waktu sahaja.Itulah antara ciri manusia yg mana pada hatinya tidak didiami oleh dunia.Mereka lebih mengutamakan persoalan akhirat berbanding kesenangan yg ada di dunia.Kerna sesungguhnya,dunia itu bersifat sementara.

Firman Allah Taala:

مَا عِنْدَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Apa yang ada di sisimu akan lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah An-Nahl:Ayat 96)

Sedarlah wahai manusia...!
Usia kita di dunia ini cukuplah singkat,bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa kita.Kematian tidak mengenal erti usia,ia menemui manusia di semua peringkat usia;kanak-kanak,remaja,dewasa mahupun tua.Jadi,amat ajaib bg manusia itu membiarkan diri mereka terus hanyut dlm lumuran dosa tanpa mengingati maut yg bakal menemui mereka.Amat malang lagi seandainya,hati mereka sudahpun Allah tutup drpd suluhan hidayah.Mereka sudah tidak kenal lagi yg mana satu jalan kebenaran dan yg mana pula jalan kesesatan.

Insya Allah,Ramadhan pada tahun ini bakal lagi bertamu menemui kita.Detik-detiknya akan tiba tidak lama lagi,kurang daripada 5 hari.Kita rasa bersyukur kerana Allah masih,malahan terus menerus memberikan nikmat yg tidak terkira walaupun kadangkala kita alpa,leka,lalai daripada menyembahNya.

Persiapkan dirimu...!

Sebelum menghadapi sesuatu peperiksaan,rata-rata masing-masing bertungkus-lumus mempersiapkan diri dgn persiapan yg sepatutnya.Ada yang sanggup mengurangkan tidur drpd kebiasaan untuk mengulangkaji pelajaran,ada pula yg sudah jarang keluar rumah untuk fokus,tidak kurang juga mereka yang sudahpun membuat pelan belajar sebulan,2 bulan sebelum tibanya waktu peperiksaan.Pokoknya,pada diri mereka ada kesedaran,kesediaan menghadapi peperiksaan.Namun,adakah kita sudah cukup kesedaran,kesediaan menghadapi Ramadhan yang akan tiba...?Jadi,persiapkanlah dirimu dari segi akhlak & iman.

Iman

Sucikan hatimu sebelum memasuki Ramadhan.Perbanyakkan istighfar,bertaubatlah kpd Allah dengan sebenar-benar taubat.Muhasabah diri,kenang kembali dosa-dosa lalu yg telah kita lakukan sebagai langkah mendapatkan kesedaran.

Akhlak

Eratkan kembali hubungan kita sesama manusia.Memohon maaf seandainya berlaku khilaf,salah silap sebelumnya.Kita mengharapkan agar pada awal Ramadhan kita,hati kita menjadi tenang dengan kemaafan yg kita pinta.Jumpa ataupun telefon ibubapa,pohon maaf drpd mereka.Mohon restu drpd kedua-duanya seandainya mereka masih hidup.Bahkan,kita bersedia untuk memaafkan kesalahan yg pernah manusia lakukan terhadap diri kita.

Selain itu,kita perlu membiasakan diri dgn akhlak-akhlak mahmudah.Buang jauh-jauh akhlak-akhlak mazmumah.Senyum tanda kasih & sayang ketika berjumpa sahabat-sahabat.Perbanyakkan sedekah,sebagai latihan supaya mudah bagi kita menghulurkan bantuan saat tibanya Ramadhan.Hiasi rumah dengan poster-poster ataupun sebarang bahan yang boleh menimbulkan semangat akan Ramadhan.Di samping itu,pastikan halaman rumah termasuklah keadaan dalam rumah itu sendiri bersih,tanda kita memuliakan tetamu yg bakal bertamu,Ramadhan Kareem.Dan banyak lagi akhlak-akhlak baik yg perlu kita semai seperti ziarah-menziarahi,memberi hadiah,mengurangkan cakap-cakap kosong,berkata dengan perkataan yang baik,tidak mengumpat,tidak memaki hamun.


Ramadhan adalah medan PERUBAHAN...!

1.Membersihkan kekotoran hati.Memperbaiki diri ke arah yg lebih soleh.Melatih diri supaya menggunakan setiap detik waktu dlm kehidupan dengan sebaiknya,di samping menjadikan hidup lebih terpandu dengan penyusunan amalan mengikut waktu(membuat jadual harian).Selain itu,menanam sifat mujahadah dalam beramal mengikut kadar kemampuan.

2.Kita mengumpul kekuatan bagi menghadapi cubaan,godaan musuh-musuh kita.Pada bulan Ramadhan,syaitan sudahpun dibelenggu akan tetapi masih ada musuh dalaman yg sentiasa mengajak ke arah kejahatan.Jadi,dalam bulan inilah kita melatih nafsu diri dengan perkara-perkara kebaikan agar ia menjadi nafsu yg mutmainnah.

3.Ramadhan merupakan tolakan supaya kita bersegera kepada ampunan Allah dengan mendekati amal yg baik,menjauhi amal mungkar.

24 Jam Ketaatan...!

Hakikat kehidupan kita sebagai hamba Allah adalah melakukan ketaatan kepadaNya pada setiap waktu.Dan itulah hak-hak Allah terhadap manusia yang perlu kita tunaikan.

وعن معاذ بن جبل (رضي الله عنه)؛ قال: “كنت رديف النبي على حمار، فقال لي: “يا معاذ! أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله؟”. قلت: الله ورسوله أعلم. قال: “حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئاً.

Daripada Muaz bin Jabal katanya: “Saya pernah satu kali membonceng seekor keldai bersama Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepada saya: “Wahai Muaz, tahukah apakah hak Allah ke atas hamba-Nya dan haknya ke atas Allah?” Saya menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Hak Allah ke atas para hamba-Nya ialah hendak dia beribadat kepada-Nya dan jangan mensyirikkan-Nya.”

Bagaimana kita hendak memanfaatkan musim kebaikan & maghfirah ini dengan sebaik-baiknya:

1.Peliharalah Solat SUBUH berjemaah di Masjid.Kemudian i'tikaf di dalamnya sehinggalah waktu syuruk.Bangun untuk mendirikan Solat Sunat DHUHA.

2.Biasakan diri dengan Solat Sunat RAWATIB.

3.Lazimi lidah dengan bacaan QURAN.

4.Perbanyakkan zikir,pagi petang siang malam pada setiap keadaan(bangun,tidur,menaiki kenderaan,masuk keluar rumah & sebagainya).

5.Lakukan Solat Sunat TARAWIH.Akan tetapi,beringatlah...!Jangan kita lebih mengutamakan yg sunat berbanding yang wajib.Kebiasaannya di bulan Ramadhan ini,manusia berlumba-lumba memenuhi masjid untuk menunaikan TARAWIH akan tetapi sedihnya,tidak pada waktu-waktu solat yang lain(terutama Subuh).

6.Elakkan pembaziran waktu seperti;tidur banyak,menghabiskan waktu di hadapan televisyen,internet,pergaulan tidak sihat.

Keperluan kepada momentum yang berterusan...!

Jangka masa selama 30 hari bukanlah satu jangka masa yang pendek.Manusia perlu bersungguh-sungguh,mujahadah dalam beramal.Ada masa,kita akan berasa malas,lemah,kerna kita manusia.Adakala iman naik & adakalanya turun.Sebab itulah,wujudnya keperluan terhadap biah solehah,suasana rumah mahupun masyarakat yg menggalakkan kita untuk beramal.Maka,rapatlah,bergaullah dengan sahabat-sahabat yg baik.

Kita juga perlu sentiasa tasyji' Ramadhan kita dengan ganjaran/kelebihan yg terdapat di dalamnya supaya kita terus rasa tertolak untuk beramal & beramal semata-mata mendapatkan redhaNya.

Bulan Penghapusan DOSA

Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”.
(Riwayat Imam Muslim)

Pintu Syurga DIBUKA,Pintu Neraka DITUTUP,Syaitan DIRANTAI

Sabda Rasulullah s.a.w;

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ

“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)

5 Anugerah Khusus Buat Umat Nabi Muhammad di Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah s.a.w.;

أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا الرَّاْبِعَةُ: فَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُ: فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا، فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ.

“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)

Lailatul Qadar

Firma Allah Taala

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىْ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالفُرِقَانِ ، فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.

"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa".
(Surah Al-Baqarah:185)

Kita semua mengharapkan semuga Ramadhan kali ini lebih baik drpd Ramadhan sebelumnya.Muga Allah menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu.Dan yang lebih utama lagi,redha Allah yang kita kecapi.

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

"Barangsiapa yg mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Kita juga berharap semuga Ramadhan yg bakal tiba ini,bukanlah Ramadhan yang sia-sia bagi kita.Hanya letih berpuasa,lapar & dahaga.

خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر لة

Kecewa dan rugilah bagi sesiapa yang menemui Ramadhan akan tetapi tidak diampun dosa baginya.

Adakah Ramadhan kali ini terakhir buat diri kita...?

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008