Thursday, February 19, 2009

Catatan Kembara Syitawi 2

Alhamdulillah...akhirnya,dpt juga diri ini mengambil kesempatan,mencari masa terluang bagi menyambung kembali catatan tntg pengembaraan yg lepas.

HARI KEDUA



(Berpakaian tebal)


Tepat jam 12.30 mlm,kami dikumpulkan untuk meneruskan aktiviti yg seterusnya ya'ni ekspedisi mendaki Gunung Thursina=Jabal Musa.

Perjalanan kami dimulakan dgn bacaan doa,memohon agar perjalanan ini dipermudahkn oleh Allah serta mengelak drpd sebarang kecelakaan yg tidak diingini.

Kami memulakan ekspedisi tepat jam 1.00 pagi selepas sedikit sessi briefing dan bacaan doa.



(Unta yang bertuah)

Pelbagai halangan dan cabaran yg terpaksa kami tempuh sepanjang perjalanan.Perjalanan sejauh 2 ke 3 km itu memakan masa selama 4 jam lebih untuk sampai ke puncak gunung.Kenapa lama sangat?Jelasnya,laluan yg kami lalui untuk sampai ke puncak bukan mudah jika mengikut kiraan jarak dari bawah ke puncak.Laluannya yg tidak lurus,sebaliknya terdapt banyk simpang siur,memaksa kami untuk menggunakan tenaga yg banyak untuk berjalan.Malahan,cuaca yg agak sejuk hampir mencecah -10 darjah celcius menjadi faktor kelewatan bagi kami untuk sampai ke puncak.

Alhamdulillah,akhirnya rombongan kami sampai di puncak ketika masuknya waktu solat Subuh,dalam pukul 5 pagi.



(Pemandangan matahari terbit dari puncak gunung)


(Rombongan ekspedisi menawan puncak Gunung Thursina)

Kemudiannya,kami bergerak untuk turun semula pada jam 7 pagi.Rombongan kami turut sempat melihat patung lembu Samiri dan juga maqam Nabi Allah,ya'ni Nabi Harun a.s.


(Patung Lembu Samiri)



(Depan Maqam Nabi Harun a.s)


Dalam keadaan yang agak kepenatan selepas pendakian,kami terus meneruskan perjalanan meninggalkan bumi Gunung Thursina menuju ke Pantai Dahab.


(Peta kedudukan antara Gunung Sinai dengan Pantai Dahab)

Kami bermalam di Dahab untuk semalaman.Untuk makluman semua,Pantai Dahab merupakan antara salah satu tempat pelancongan bagi negara Mesir yang agak menarik.Dahab turut dikunjungi oleh pelancong asing dari negara2 Eropah terutamanya.

Antara gambar kenang-kenangan kami di Pantai Dahab :









Saturday, February 7, 2009

Catatan Kembara Syitawi

Pada kali ini,diri ini akan berkongsi beberapa pengalaman semasa kembara syitawi(nama yg diberi oleh diri ini) di Mesir.Kembara ini merangkumi lawatan ke Sinai,Pantai Dahab dan Thoba selama 3 hari 2 malam.Kami,pelajar2 perubatan Kaherah tahun satu seramai 35 org beserta 9 org pengiring(terdiri drpd abg2 senior) bertolak dari ARMA(Asrama Pelajar2 Malaysia Abbasiyah) pd pukul 8.30 pagi.


HARI PERTAMA




(Berkumpul sebelum bertolak)

(Keadaan sebelum bertolak di dalam bas)

(Bas yg kami naiki...New Sahara)



(Abg Warouq memberikan sedikit taklimat...merupakan Pengarah Kembara)

Kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Sinai di sebuah perhentian pada pukul 10.30 pagi.



(Apalah yg Raziq tunggu tu...Ammu teksi ke?)

(Bersama Tuan Akmal dan Suhaib)

Pada pukul 10.45 pagi,kami tiba di satu tempat yg amat terkenal lebih2 lagi dalam buku Sejarah ketika sekolah menengah dulu ya'ni Terusan Suez.Terusan ini merupakan penghubung antara dunia Barat dan dunia Timur.Ia amat penting kerana sumbangannya terhadap ekonomi negara Mesir.Terusan Suez juga pernah menjadi rebutan antara Mesir dgn Israel dan akhirnya ia kini milik kepunyaan Mesir.



(Pintu Gerbang menunjukkan wilayah Suez)

(Terowong Suez)

Dikatakan panjang terowong ini sepanjang 1.8 km dan kedalaman antara laut(di atasnya) dgn terowong ini adalah 20 m.


(Terusan Suez terletak di atas terowong)

Kemudiannya,kami singgah di satu tempat yang mana pernah berlaku pertempuran antara tentera Mesir dan Israel iaitu perang 6 Oktober.Pernah dengar tentang perang ni?


(Setibanya di Barlev line,kubu ketiga)

(Rombongan kami)

(Atap bunker yg diperkukuhkan dgn rel kereta api)

Bunker ini digunakan oleh Israel sebagai kubu ketiga.Bunker ini amat teguh dan pesawat2 pejuang tentera udara Mesir hampir tidak dapat mengecam kubu ketiga ini disebabkan struktur pembinaan kubu yg hampir sama dgn keadaan sekeliling(adaption).


(Barisan mujahidin...hihi)


(Barang tinggalan Israel)



(Artileri yg digunakan untuk menembak jet pejuang Mesir)


(Bergambar bersama tentera Mesir yg mengawal Barlev line)


(Salah satu pintu masuk ke bunker)

(Barangan tinggalan tentera Israel di dalam bunker)


Sejarah Perang 6 Oktober :

Perang antara Mesir dan Israel ini sudahpun berlanjutan sejak tahun 1964 ketika zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir(pernah membunuh Sayed Qutub).Mereka berebut Terusan Suez yg mana merupakan tempat yg amat strategik bagi laluan kapal2 sama ada dari barat mahupun Timur.Secara tidak langsung,siapa yg menguasainya akan memberi impak yg positif terhadap pertumbuhan ekonomi.Pada masa itu,terusan Suez dikuasai oleh Israel dgn terbinanya 3 line(kubu) yg menghalang kemaraan tentera Mesir pada waktu itu.Pada zaman pemerintahan Anuar Sadat,tentera Mesir dapat menembusi ketiga-tiga kubu ini dgn perancangan yg agak rapi iaitu pd 6 oktober 1973.Begitulah ringkasan perang sikta uktuber(loghat org tempatan).


Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Thursina.Pada pukul 12.05 tengahari,kami singgah di Uyun Musa(air mata Nabi Musa),tempat persinggahan Nabi Musa dan kaum baginda suatu ketika dahulu setelah berjaya melarikan diri drpd Firauan dan bala tenteranya.

(Salah satu drpd 12 perigi Nabi Musa)


Kisah Nabi Musa dgn kaum baginda yg dahaga ketika berhenti berehat ini telahpun dinyatakan dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 60.

(Perjalanan yg mengambil masa selama 25 minit ke tempat rehat)



(Basuh tangan di salah satu perigi Nabi Musa)

(Antara jualan yg dijual di Uyun Musa...Banyaknya perhiasan!!!)


Selepas itu,kami singgah di Nozha Beach untuk solat Zuhur & Asar di situ.

(Masjid yg bernama...hihi..lupa pula nama)


Kami meneruskan perjalanan ke Jabal Musa dan kira2 dalam pukul 5.15 petang,kami singgah sebentar di salah sebuah maqam pesuruh Allah ya'ni maqam Nabi Salleh a.s.Subhanallah!!!Apabila kami turun dr bas,sepanjang jalan menuju ke maqam Nabi Salleh a.s berbau harum semerbak.Inilah tanda karamah yg Allah berikan kpd hambaNya yg berjuang menyampaikan da'wah kpd manusia.



(Papan tanda)



(Bersama Shafie)


(Bangunan putih 2 tempat maqam Nabi Salleh)

(Rahim,Shafie,Hilmi dan Engku di depan maqam Nabi Salleh)

Tepat jam 6 petang,kami tiba di satu tempat persinggahan berhampiran Gunung Thursina.Di situlah kami berehat(SOREKAN) sebelum meneruskan agenda berikut iaitu mendaki Gunung Thursina=Jabal Musa.Ekspedisi pendakian itu dijangka bermula pada pukul 12 tgh malam.

(Masing2 dah keletihan...Nak berehat sebelum mendaki)



(Bilik yg agak selesa)


Pengalaman seterusnya akan bersambung pd post yg berikutnya.Insya Allah.Catatan pengembaraan di Gunung Thursina.


Wallahu 'alam...

Sunday, February 1, 2009

Siapa Peduli???

Siapa peduli???
Sedar atau x sedar,2la perkataan,keluhan mahupn ucapan yg sering kite ucapkan sehari-hari dlm mnjalani kehidupan ini...Tidak kire same ade ketika kecil,meningkat dewasa sbgi remaja,seorg yg sudah dewasa malahan bg mereka yg sudah lanjut usia...Hakikatnye,i2 yg kite lontarkan...
Siapa Peduli???

Jd,diri ini mengajak sahabt2 untuk kite same2 merenung,menghayati beberapa contoh yg bakal dikemukakan...Kemungkinan contoh2 tersebut ade kene mengena dgn seseorg individu,tetapi 2la realiti ummat pd mase kini...Diri ini berharap agar contoh2 ni x menimbulkan prasangka bahkn mnjdi wadah bg kite bermuhasabah diri...Insya Allah...

Lgpn,amat mudah bg kite melafazkan kate2 dusta...Tetapi,amat berat tuk menyampaikan kebenaran...'Kulil haq walau kaana murron'(berkata benarlah walau ia pahit)...
Ubat???Untuk ape???Untuk dimakan sekiranye ade penyakit...Tetapi,2la...kadang2 ia pahit tuk ditelan walaupn pd dasarnye ia menjadi alat penyembuh bg sesuatu penyakit,kebaikan kpd si pesakit...

Contoh 1:
Jika disingkap kembali zaman persekolahan dahulu,ketika di sekolah menengah terutamanya...Umumnya,setiap sekolah i2 ade undang2 asas ditambah pula dgn undang2 tersendiri...Sebagai contoh,pelaja2 dilarang untuk merokok,mengedarkan brg2 terlarang(dadah,rokok,CD)...Pelaja juga ditegah sama sekali berdua-duaan antara lelaki dan perempuan terutamanye di tmpt2 yg sunyi...Sekiranye di wk2 pg,perhimpunan harian akn dibuat dan pelaja2 wajib untuk hadir...Persoalannye,ape kaitannye dgn Siapa peduli???
Apabila segelintir pelaja ditangkap oleh barisan kepimpinan sek atas kesalahan merokok,mereka berkata,''kenapa kau nak masuk cmpur...Ini hal aku,bkn hal kau!!!Peduli ape!!!''
X kurang jg bg mereka yg ditangkap berdua-duaan di tmpt yg sunyi...mereka pula berkata,''kau ape cbuk2!!!Jg tepikai org lain...Jd pereport cikgu...lgpn,bkn cikgu tahupn...Ahh!!!kau jgn bgthu cikgu!!!''

Contoh 2:
Suasana peperiksaan...ramai dlm kalangn pelaja yg x jujur dlm menjawab soalan2...sehinggakan mereka sanggup meniru jwpn drpd kawan lain...Sedangkan,guru ade di hadapan bg mengawasi perjalanan peperiksaan sepanjg hari tersebut...Emm,kalu mcm 2...mcm mane gol ni dpt jgk meniru???sebbnye,mereka pandai berpura-pura(cover) dpan guru...Bile guru sudah mengalihkan pndngn ke tmpt yg lain,mase 2 diorg saling tiru-meniru,bukk nota...Bila ade kawan yg cuba menegur,mereka berkata,''Peduli ape!!!Aku yg kene jawab...Aku nk b2l jgk...kn???''

Contoh 3:
Fenomena ketika di alam pekerjaan...Mgkn ade segelintir dalm kalngan pekerja yg sering menggunakn ayat berikut sbgai alasan atas kesalahan dtg lewat ke pejabat...mereka berkata,''Maaf,encik/bos/tuan/dato'/datin...Dlm perjalanan ke pejabat td,kete saye ade masalah...Jd,saya anta kete servis...''(Siapa peduli???Aku tipu ke x!!!Yg pntg aku da dtg...)
Bg bidang2 yg memerlukan kpd rekaan(designer) pula,memang x dpt dinafikan di mana wujudnye persaingan...Bahkan,hampir kesemua aspek kehidupan memerlukan persaingan...Tetapi, persaingan yg pd asalnye sihat bakal bertukar ke tdk sihat apabila ade gol yg berasa cemburu,dengki...sbgai cntoh, mengcopy paste sesuatu rekaan seseorg dan menggantikan dgn rekaan yg lain,malahn lebih buruk...mcm mane boleh jd cm2...sebab mereka sanggup berbuat sedemikian???Siapa peduli!!!Org lain x thupn...

Contoh 4:
Suasana bermuamalah dlm urusan jual beli...Apabila seseorg sudah membeli sesuatu barang,maka dia akan membayar...Tetapi bayaran dibuat dgn menggunakan duit yg mane nilai lebih besar drpd harga sebenar brngn tersebut...Penjual i2 kemudiannye memberikan duit baki,tetapi melebihi jumlah asal yg sepatutnye diberi...Tanpa segan silu,si pembeli terus beredar dgn mengambil duit lebihan i2 sekali tanpa memikirkan halal dan haram duit yg diperoleh td..Siapa Peduli???Dia da bg lebih,ambil je...

Contoh 5:
Dlm urusan kite dgn Allah(ya'ni solat)...Pabila ditanye andakah anda sudah solat...mereka dgn berani dan yakinnye menjawab,''Dah!!!Dekat masjid 2 td...''Emm,hakikatnye mereka ni masih belum menunaikan solat...sebaliknye,dijadikan alasan sudah bersolat agar terlepas drpd disoal soalan yg sama...Siapa Peduli???Yg pntg,org tahu yg aku da solat...Aku solat ke x solat ke,i2 urusan aku ngn Allahla..Bkn i2 sahaja,apabila gol sebegini melakukan solat,solat didirikan hanya sbgai syarat...dgn kurg sempurna dr segi rukun solat,malahan bersolat ibarat ayam yg mematuk beras...(x pernah nak rase bersalah ke kt Allah)

*Itulah antare contoh beberapa perlakuan yg diri ini kemukakan...Perlakuan yg secara kasarnye menjawab persoalan...Siapa Peduli???Kalu nak diikutkan realiti ummat pd masa kini,ade bnyk lagi perlakuan yg seumpama dgnnye,banyak x terkira...mgkn sahabt2 boleh berkongsi contoh2 lain yg menunjukkan Siapa Peduli???

Istifadhah(Pengajaran)

1.Kite sebagai manusia pilihan Allah yg diberikan hidayah sejak lahir lg,ya'ni hidayah lahir dlm keluarga Islam,barangkali lupa/alpa akn akhlak2 islamiah yg perlu ade pd diri kite.

2.Ya'ni,kite perlu memahami konsep muroqabah dlm kehidupan seharian kite sebagi seorg Muslim.

3.Muroqabah dlm erti kate yg mudah kite fahami...Yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi diri kite walaupn di mana kite berada.

*W'alamuu annallaha y'alamu maa fii anfusikum fahzaruuh
(Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu,maka takutlah kepadaNya)

4.Allah i2 Maha Mengetahui...Biarpn kite dpt menipu manusia,tetapi amat mustahil dan tidak akn sama sekali kite dpt menipu Allah,yg merupakan Pencipta kite.

*Wamakaruu wamakarallah wallahu khoiral maakiriin
(mereka merancang dan Allah merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang)

Jd,ringkasnye...Kite seringkali mempertikaikan pengawasan drpd manusia sedangkan kite lupa bahawa Allah i2 merupakan pemerhati kite yg hakiki...Sekiranya ummat islam berpegang betul2 akan konsep muroqabah ini,Insya Allah...pasti tdk bnyk kerosakan(dosa) yg berlaku di atas muka bumi ini akibat yakin dgn pengawasan drpd Allah.

Wallahu 'alam

'HambaMu yg lemah di sisiMu'

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008