Friday, September 25, 2009

Nostalgia Ramadhan Satu Muhasabah

Alhamdulillah...

Kita umat Islam seluruhnya baru sahaja menjalani satu medan madrasah yg khusus buat diri kita umat Islam sebagai bekalan untuk dibawa sepanjang tahun yg akan datang sebelum tibanya madrasah baru.Insya Allah,dengan izin Allah...

Madrasah apa agaknya???
Tentulah madrasah yg datangnya sentiasa dinanti-nanti oleh gol yg ingin merebut khazanah2 yg disediakan Allah yg mana mereka ini menyambutnya dengan penuh kegembiraan manakala berpisah dengannya dengan penuh tangisan serta kesyahduan.Itulah merupakan madrasah Ramadhan...

Selepas masuknya waktu solat Maghrib hari ini,genaplah tujuh hari lamanya kita sudah meninggalkan Ramadhan ya'ni tujuh Syawal.Persoalan utama yg berbangkit sekarang ini,setakat mana madrasah Ramadhan yg meninggalkan kita itu memberi kesan malahan menimbulkan nostalgia dalam diari kehidupan seharian kita.

Seluruh umat Islam menyambut kedatangan Syawal dalam erti kata lain ditinggalkan oleh Ramadhan dalam pelbagai bentuk versi sambutan.Yang paling penting,kegembiraan nyata terserlah di wajah2 mereka yg betul2 bersungguh dalam menggali khazanah2 Allah yg tersedia di sepanjang bulan Ramadhan apabila berakhirnya Ramadhan.Mereka bukan sahaja mampu menahan lapar dan dahaga malahan mengekang gelojak hawa nafsu daripada melakukan perkara2 yg ditegah oleh Allah.Jadi,Syawallah merupakan platfom bagi mereka menzahirkan rasa gembira,rasa syukur ke hadrat Allah,melaungkan takbir tanda kemenangan setelah menerima ujian Allah selama sebulan.

Tidak ketinggalan juga buat golongan yg agak kontra berbanding golongan yg satu lagi.Mereka menerima Syawal dengan penuh keengganan dan penyesalan.Madrasah agung ini yg sepatutnya digunakan untuk menyucikan diri tidak digunakan dengan sepenuh hati berbekalkan kesungguhan.Sememangnya mereka tahu akan kelazatan beribadah di bulan Ramadhan,namun tuntutan hawa nafsu kadang kala dituruti sepanjang berada dalam madrasah Ramadhan.Komitmen yg dicurahkan tidaklah seratus peratus tetapi hanya bergantung kepada semangat diri.Apabila bersemangat,segala mungkin ibadah cuba dilakukan sebaliknya ketika berada dalam keadaan futhur(lemah) mereka berputus asa serta turun setelah tinggi mendaki.Penyesalan setelah berada di akhir2 Ramadhan.Penyesalan akibat kelalaian diri.

__________________________________________________

Memang tepat sekali!!!
Pada awalnya Rahmat,pertengahannya Maghfirah dan pengakhirannya Pembebasan dari Api Neraka.Cuma,persoalan di sini apakah kita memahami dan merasai erti di sebalik Rahmat,Maghfirah dan Pembebasan dari Api Neraka itu.

Apabila seseorang menghadiahkan kepada kita sesuatu barang umpamanya,kita sudah tentu dapat memahami,merasai akan kenikmatan mendapat barang tersebut.Tetapi,adakah kita semua memahami,merasai akan kenikmatan Rahmat,Maghfirah dan Pembebasan dari Api Neraka yg disyorkan,dihadiahkan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.Inilah yg menjadi tuntutan bagi kita untuk bermuhasabah diri.Apakah sebenarnya nostalgia yg kita tinggalkan ketika berada dalam madrasah Ramadhan.Pahit???Masam???Manis???Segalanya bergantung kepada ketentuan kita untuk mencoraknya tetapi ketentuan Allah itulah yg lebih utama.

__________________________________________________

Kita sudah menutup diari Ramadhan kita.
Seribu satu nostalgia kita rakamkan dalam diari tersebut.

Tapi,adakah kita menjadi insan Rabbaniyah atau insan Ramadhaniah???
Pada bulan Ramadhan,segala macam bentuk ibadah kita laksanakan umpamanya membaca Quran,Qiamulail,bersedekah,beri'tikaf dan sebagainya.Selepas Ramadhan meninggalkan kita,adakah kita masih lagi terus komited untuk mengamalkan ibadah2 tersebut dengan penuh kesungguhan dan istiqamah pada bulan2 lain dalam kalendar Islam???
Tepuk dada,tanya iman.Kitalah pencorak diari kehidupan seharian kita selepas ini.
Sama ada,ingin menjadi insan Rabbaniyah ataupun insan Ramadhaniah.Sama ada kita beramal untuk sepanjang bulan ataupun pengkhususan amal itu hanya pada bulan Ramadhan.

Nostalgia Ramadhan Satu Muhasabah.

Semuga kita semua tergolong dalam golong A'idiin Wal Faiziin selepas menjalani madrasah Ramadhan ini.

Salam Aidul Fitri!!!
Taqabbalallahu minna wa minkum...

Thursday, September 17, 2009

Sepi & Rindu

Sepi jiwaKu sepi
Kerna Kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi
Tanpa kehadiranMu Kasih


Doaku semoga diriMu bahagia

Aku yang kini jauh
Damba keampunanMu
Khilaf antara Kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama Kasih Kita dan Cinta

Moga berbahagia
Meniti hariMu yang indah
Setia Kunanti
Tiba saatnya Kitakan bersua

DoaKu semoga diriMu sejahtera

Aku yang kini jauh
Damba keampunanMu
Khilaf antara Kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama Kasih Kita dan Cinta

Jauh Kita terpisah
Dibatasi jarak dan masa
DiriMu tak pernah Kulupa
Terus Kunanti setia

Saat indah kita bersama

Aku yang kini jauh
Damba keampunanMu
Khilaf antara Kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama Kasih Kita dan Cinta



Sunday, July 26, 2009

Ruh Perjuangan

Terdetik di hati untuk berkongsi dengan kamu semua akan satu lagu nasyid...
Nasyid yang beriramakan padang pasir,dibawa oleh satu kumpulan nasyid dari Kuwait...Nama???Maaf sebab sayapun tidak berapa ingat nama pembawa nasyid ini...Saya yakin yang kamu semua lebih arif daripada saya.

Lagunya memang sedap,sebak & halus menyusuk di hati seandainya kita menghayati setiap lirik kata dengan baik.

Lagu ini secara kasarnya bertemakan akan semangat perjuangan kita sebagai seorang Muslim ataupun Musafir di perjalanan...Bukan sekadar Musafir biasa,tetapi Musafir menuju kepada Allah S.W.T.,yang mana perjalanan kita di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah persinggahan sementara buat kita yang bergelar hambaNya...Persinggahan ini menuntut kita supaya mempersiapkan bekalan demi kebahagian di akhirat kelak...Dan persinggahan ini bukan semudah yang kita inginkan tetapi memerlukan pengorbanan yang besar sehingga kita layak digelar Syahidullah.

Saya sengaja meletakkan tajuk 'Ruh Perjuangan' seperti di atas kerana penghayatan yang mendalam terhadap lagu nasyid ini,insya Allah dapat mengetuk pintu hati,menaikkan kembali semangat perjuangan kita yang kian luntur untuk terus thabit di jalan Allah...Mudah-mudahan.

Lagi satu,lagu nasyid ini juga berkait rapat dengan salah satu masjid yang diberkati oleh Allah iaitu Masjidul Aqsa yang mana kita sudah sedia maklum bahawa ia diancam oleh kekejaman Zionis sejak dahulu hinggalah ke saat ini.





Saya sertakan sekali terjemahan lirik lagu nasyid ini:

Tuhanku sesungguhnya aku adalah Musafir
Demi agama aku pasti adalah Musafir
Maka Al-Quds memanggil untuk berangkat
Melembutkan hatiku dengan kesucian

Dan panggilan Al-Aqsa membuatkanku menangis
Membangkitkan perasaanku
Dan diri ummatku wahai Tuhanku
Mati tanpa pembunuhnya

Penjenayah (Zionis) mengatakan kerana aku
Menolak penghinaan yang besar
Menolak hidup yang berdiam diri
Biarpun kuterpaksa menempuhinya

Maka biarlah mereka mengatakan apa yang mereka kata
Engkaulah yang aku harapkan keredhaan
Engkaulah yang mengetahui bahawa aku
Demi-Mu kugadaikan nyawa

Wahai yang diriwayatkan,dengan darahmu
Bertumbuhlah kemuliaan dan kemenangan
Jika mereka mencurimu daripada sejarah kita
Tidak sekali-kali mereka dapat mencabut daripada dada-dada kita

Wahai syahid (3x)



Wallahu 'alam

Wednesday, July 8, 2009

Jaulah Ke Marsa Matrouh

Salamullahi alaikum...

Insya Allah,
Saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman ketika di Marsa Matrouh pada ruangan artikel kali ini.Jaulah ke Marsa Matrouh ini telahpun diadakan pada 4hb-7hb Julai 2009 iaitu selama 4 hari 3 malam.Program ini dinamakan sebagai PMPI sebagai singkatan atau nama penuhnya Perkhemahan Musim Panas ISMA.Tema perkhemahan pada kali ini adalah 'Warnai Hidupmu Dalam Ikatan Persaudaraan'.Jadi,berdasarkan tema tersebut kebanyakan aktiviti yg dijalankan tidak lari dari objektif utama ya'ni penekanan terhadap ukhuwah itu sendiri.


OBJEKTIF:
-Memupuk ukhuwah fillah dalam kalangan peserta yg terdiri daripada mahasiswa
Malaysia di Mesir
-Mewujudkan medium perkongsian pengalaman dalam kalangan peserta
-Menghayati makna Islam dalam kehidupan seharian


PEMANDANGAN:

Antara pemandangan yang sempat saya ambil sewaktu berada di sana:

Pantai Ageeba
-Mempunyai batu-bata yang unik di sekelilingnya.












Marsa Matrouh
-Ia terletak di tebing Mediterranean yang mana para pengunjung mengklasifikasikannya sebagai antara pantai tercantik di dunia.








Hamam Cleopatra
-Ia merupakan bangunan batu bata yang terletak di persisiran pantai


















Laluan ini dibentuk supaya air dapat masuk ke bangunan dengan bantuan ombak sebagai sumber air



Ini merupakan pintu masuk ke Hamam Cleopatra



Pantai Abyad
-Terletak 20km di sebelah barat Marsa Matrouh.
-Ia terkenal dengan pasir pantai yg putih dan halus




GAMBAR2 KENANGAN:









Bersama Saudara Rushdi



Bersama ahli kumpulan:'RAMAH'



Ketika di dalam Hamam Cleopatra



Saya ditanam hidup2...hi2


Nasi Tomato+Ayam Masak Merah+Ayam Maqua
(Pertandingan Iron Chef)



Dari kiri:Saifullah,Ridwan,Suhaib,Ashraf,Syafieq & Marzuki


ISTIFADHAH:

Sepanjang saya mengikuti program ini,banyak perkara yang saya dapat mahupun pelajari.Dan sesungguhnya kenangan berprogram di sini akan saya jadikan sebagai salah satu kenangan manis dalam hidup.

Antara perkara yang saya perolehi:

-Penekanan terhadap ukhuwah fillah itu amat penting.Ia merupakan salah satu wasilah bagi umat Islam untuk sama2 menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini.

-Semasa berprogram kami diwajibkan untuk melakukan beberapa wajibat seperti membaca Quran,berzikir,selawat & qiamulail lail.Secara tidak langsung,kami dilatih supaya rajin beramal supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah.Malahan,kami dituntut supaya mempertingkatkan amal dari sehari ke sehari daripada amalan yg sedikit sehinggalah ke sebesar-besar amalan.

-Medan ini dapat saya simpulkan sebagai salah satu medan servis bagi hati, atau dengan kata lainnya adalah satu bentuk tarbiyah bagi diri.Ia bukannya program berbentuk semata-mata mengisi waktu lapang dengan berjalan-jalan tetapi terdapat beberapa pengisian sama ada pengisian itu tersurat mahupun tersirat.

-Jauh perjalanan,indah pemandangan,luas pengalaman,dekat kepada Tuhan.Insya Allah.

*Ummi dan ayah,along agak terkilan disebabkan tidak dapat membawa ummi ayah sekeluarga untuk sama2 menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Mesir ini.

*Buat sahabat2 yang sama2 berprogram,saya merindukan saat2 ketika kita bersama.Seronok bertaaruf dengan antum semua.Insya Allah,kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.


Sekian dari saya untuk kali ini.
Wallahu 'alam

Thursday, June 11, 2009

Peringatan Buat Kami



"Solat jenazah Allahyarham Ammar lepas zuhur di ARMA (Asrama Pelajar-Pelajar Melayu Mesir). Sebarkan."

Itulah mesej yang saya terima daripada seorang senior universiti seawal pagi tadi, lebih kurang dalam pukul 8 pagi.Tetapi,mesej itu saya baca satu jam kemudian kerana tidak sedar pada awalnya. Mesejnya agak ringkas tetapi meninggalkan seribu persoalan buat diri saya.

Saya tertanya-tanya keseorangan,
"Siapakah Ammar yang dimaksudkan oleh Abang Amin???"
Tanpa melengahkan masa,saya terus menghantar mesej kepada Amin bertanyakan Ammar yang mana satu.

"Ammar Zulkifli tahun 3. Accident semalam".Mesej yang saya terima kemudiannya.

Innalillahi wainna ilaihi roojiuun!!!

Abang Ammar!!!Saya tersentak seketika.Berfikir sejenak mengenangkan mukanya.

Ya Allah,bagaikan tidak percaya pada awalnya.Apabila difikir kembali, rasanya baru hari itu saya berbual dengannya.Kebetulan pada hari itu,kami solat Zuhur di masjid yang sama,Masjid Bustan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari universiti.Ketika itu juga, salah seorang sahabat saya,Marzuki berada di situ.Kami saling bertanyakan soalan akan perihal masing-masing lebih-lebih lagi tentang pembelajaran.

Ya,itulah dia.Seorang senior yang baik dan peramah.




Teringat saya kembali di mana kami,pelajar-pelajar tahun satu pernah dikumpulkan bersama-sama abang-abang senior tahun 3 di Abbasiyah,berhampiran ARMA.
Ada sukaneka di stadium.
Antara permainan yang kami main adalah futsal dan bola tampar.Program tersebut merupakan hasil rangka seorang senior,Abang Nash demi merapatkan ukhuwah seterusnya menghilangkan jurang antara kami pelajar junior dengan senior.





Alhamdulillah.Segala-galanya berjalan dengan baik dan secara kesimpulannya,hadaf program tersebut untuk menjalin silaturahim tercapai.Ramai dalam kalangan senior yang pada sebelumnya tidak ketemu,kami jumpa.Ada yang kami tidak kenalpun sebelumnya sekurang-kurang sudah tahu nama selepas sesi ta’aruf.Allahyarham Ammar ketika itu tidak terlibat sekali dalam permainan,tetapi sibuk memegang kamera di tangan untuk menangkap gambar kami dari awal program hinggalah ke akhirnya.Allahyarham juga menjadi pembuka bicara majlis penutup yang mana selepasnya terdapat sedikit pengisian daripada Abang Irfan sebagai santapan rohani.

Saya terus berfikir,berfikir dan berfikir.Siapakah gerangan Allahyarham yang sebenar?

Persoalan tersebut bermain-main diminda akibat merasakan kekurangan ketahuan tentang dirinya.

Setelah bertemu dengan abang-abang senior yang lain di ARMA waktu tengahari,baru saya tahu bahawa Allahyarhamlah merupakan ketua batch bagi pelajar-pelajar tahun 3 Universiti Kaherah.

Ya Allah.Kau lebih sayangkan dia.Kau ambil nyawanya dahulu sebelum kami.
Gugurlah satu mutiara yang bakal bersinar kelak dalam menegakkan syiarMu Ya Allah.

Allahyarham Ammar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari sebelumnya di tempat kejadian,tempat berlakunya kemalangan.Seramai 5 orang terlibat dalam kemalangan tersebut,2 cedera ringan manakala 2 yang lain sedang koma di hospital termasuklah Allahyarham yang telahpun pergi.Apabila mendengar khabar-khabar berita tentang bagaimana berlakunya kemalangan tersebut daripada senior,sayu suasana dibuatnya.Ada yang hendak menangis,mata kemerah-merahan dan ada yang matanya telahpun merah akibat menangis mengenangkan sahabatnya yang sudahpun pergi meninggalkan mereka.Baru sahaja semalam,Allahyarham bersama-sama dengan rakan seperjuangan, berjuang di dewan peperiksaan dalam subjek Pharmacology dan malamnya itu mereka dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham.

Sama-sama kita doakan agar mereka (Abang Akram dan Abang Aman) yang masih bersabung nyawa ketika ini, dipanjangkan umur oleh Allah agar mereka masih mempunyai peluang lagi untuk beribadah kepada Allah.

Di ARMA.
Alhamdulillah,pengurusan jenazah dapat diselesaikan dengan sempurna walaupun agak lewat pada awalnya,jenazah dihantar ke ARMA dari hospital.Sejurus menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di surau,kami laksanakan pula Solat Jenazah di dewan besar ARMA.Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan,kami semua berkumpul di sana,bersolat jenazah di sana sebagai tanda penghormatan kami yang terakhir kepada Allahyarham sebelum jenazah berangkat kembali ke Malaysia pada pagi keesokan harinya.Ramai yang turut hadir sebelum jenazah dihantar ke lapangan kapal terbang.Penerbangan tersebut dijangka akan tiba di Malaysia selepas 14 jam perjalanan dan jenazah akan dihantar kembali ke tanah airnya di pulau mutiara, Pulau Pinang.

"Ya Allah,alangkah pilunya hati seorang ibu yang melahirkan apabila menerima berita kematian anaknya."

"Ya Allah,alangkah sedihnya hati bapa yang bakal meratap wajah anaknya yang sudah bertutup,beserba putih."

"Ya Allah,alangkah menangisnya adik-adik untuk menerima pemergian abang sulungnya yang tersayang."

Ya Allah,Kau lebih menyayanginya.Kau cabut nyawanya sebelum Kau cabut nyawa kami.




Benarlah bahawa kematian itu merupakan petanda bagi manusia seluruhnya.Petanda bahawa kita tidak hidup selama-lamanya di atas muka bumi ini.Apabila sampai waktunya,kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana untuk berhijrah ke alam yang seterusnya.Kemudian kita akan dihisab amalan sama ada natijahnya Syurga ataupun Neraka. Ya,manusia tidak dapat lari daripada kematian.Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya apabila sudah tiba waktu.Manusia tidak dapat lari hatta sekalipun berlindungkan perisai yang tebal dan kukuh.

Firman Allah Taala:
Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh
(Surah An-Nisaa’, ayat 78)

Cuma,saya bertanyakan sama ada, adakah kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi saat kematian kita yang pastinya berlaku???Tidak kira waktu itu,kita sebagai seorang pelajar di sekolah rendah, menengah,pelajar dalam negara mahupun luar negara,adakah kita yakin bahawa kita akan mati dalam keadaan husnul khatimah???Atau mati dalam keadaan suul khatimah, bergelumang dengan dosa serta tidak sempat bertaubat???Nauzubillah.

Bagi saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir,cukuplah kematian Allahyarham Ammar sebagai peringatan buat kami di perantauan bahawa mati tidak mengenal usia dan tempat.Di mana-mana sahaja boleh berlaku,tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat tetapi semuanya tepat pada waktunya mengikut ketetapan yang telah Allah tetapkan.

Ingatlah!!!Peringatan buat kami semua.Peringatan buat kita semua.

Semuga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan kasih sayang daripada Allah dan harapannya,mereka yang masih dalam keadaan koma sedar kembali supaya mereka dapat bersama-sama dengan kita semua dalam meneruskan amal ibadah kepada Allah.
Al-fatihah.

"Wahai ummi,ayah yang dicintai,disayangi dan dirindui!!!
Andai along mati di bumi Mesir ini,redhailah akan pemergian anakmu ini."


Wallahu ‘alam.


AHMAD SYAFIEQ BIN SHAMSUDDIN,
TAHUN SATU, UNIVERSITI KAHERAH,
SAYYEDA ZAINAB, KAHERAH,
MESIR.

11.00 malam/Khamis/12 Jun 2009

Monday, June 8, 2009

Langkah Pertama

Salamullahi ‘alaikum…

Alhamdulillah saya panjatkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah disebabkan diberikan kesempatan masa untuk menulis.
Sudah lama rasanya diri ini tidak menulis.Hampir sebulan lebih kalau dikira-kira.Banyak faktor yang menjadi penghalang antaranya
kesuntukan masa, ditambah pula dengan sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.Bukan itu sahaja, malahan kebuntuan
idea juga menjadi dinding penghadang untuk menulis.

Cuma pada kali ini, terdetik di hati untuk tetap menulis.Tambahan pula, fatrah peperiksaan universiti yang semakin hampir ke bahagian penghujungnya, memberi
sedikit ruang waktu untuk diri ini berkarya.
Setakat ini, antara bentuk peperiksaan yang sudah selesai diambil adalah praktikal & written.Jadi, tumpuan buat masa ini hanya tertumpu kepada bahagian oral (lisan).
Alhamdulillah, hari ini (Isnin) bertarikh 8 Jun 2009 saya baru sahaja selesai mengambil ujian oral bagi subjek anatomy.


Suasana Ketika Exam Oral Anatomy


Anatomy???

Ya,subjek anatomy.
Antara subjek yang menjadi igauan bagi pelajar-pelajar perubatan terutamanya, lebih-lebih lagi pelajar yang baru hendak berjinak-jinak dengannya.
Sememangnya, banyak perkara yang perlu diketahui dan bukan sahaja perlu diambil tahu tetapi perlu disimpan di kepala.
Terus terang saya katakan,saya berasa agak gemuruh pada awalnya sebelum menduduki ujian bagi subjek ini.



Antara calon yang bakal disoal




Tetapi ini tidak bermakna tiada perasaan sebegitu bagi subjek-subjek yang lain. Manusia mana yang tidak berasa gemuruh setiap kali menghadapi sesuatu ujian
apatah lagi ujian tersebut berkait rapat dengan soal masa hadapan kita dari sudut kejayaan dunia.Namun segalanya berjalan dengan baik.
Pendek cerita, langkah pertama ini ya’ni bagi bahagian oral dipermudahkan jalan oleh Allah.Berbaki 3 lagi subjek selepas ini ya’ni Biochemistry, Histology & Physiology.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gemuruhnya hati hambaNya ini setiap kali menanti tibanya waktu peperiksaan bagi setiap subjek.Tambahan pula, inilah merupakan pengalaman pertama diri menduduki peperiksaan di peringkat universiti lebih-lebih lagi di luar negara ini.Lagipun, sistemnya berkemungkinan agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan sistem di tanah air sendiri.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah dari sudut pengalamannya.Pengalaman menduduki peperiksaan oral (lisan).Lumrah bagi setiap masa, acap kali menjelangnya sesuatu peperiksaan pelbagai persiapan dibuat untuk menghadapinya.Ketika itulah,buku yang tidak pernah disentuh dibelak-belak isi kandungannya, latihan yang sebelum ini tidak terusik hampir keseluruhan disiapkan.Malahan, ada yang sanggup berjaga hingga lewat malam semata-mata bagi memantapkan persiapan menghadapi peperiksaan tersebut. Pendek kata,masing-masing berusaha keras untuk mencapai kejayaan.


Bentuk perbincangan yang berlaku




‘Langit tidak selalu cerah’.

Itulah yang cuba saya perkatakan pada penulisan kali ini.Berkemungkinan kita sudahpun membuat persiapan sehabis baik mengikut penilaian diri kita sendiri.Dan berkemungkinan persiapan itu tidak menepati apa sepatutnya yang akan kita hadapi.Kita baca bahagian ini, keluar soalannya bahagian lain.Itulah antara fenomena yang sering berlaku dalam lubuk peperiksaan.Apa yang kita jangka,rupa-rupanya jauh lebih ketinggalan daripada realiti yang sebenar.

‘’Seandai begitulah keadaannya, lebih baik tidak perlu bersungguh-sungguh daripada kebuntuan akibat bersungguh-sungguh.’’Mungkin ada golongan yang berpendapat sedemikian.Mereka menganggap bahawa usaha yg sehabis baikpun tidak menjamin natijah yang memuaskan.Apatah lagi yang sebaliknya.
Tidak!!!Jangan mudah beranggapan sedemikian.Bukankah nilai usaha yg bersungguh-sungguh itu amat bermakna pada diri kita???Bukankah Allah menyukai setiap pekerjaan,amal perbuatan yg dilakukan dengan bersungguh-sungguh???Dan itulah sebenarnya titik tolak perbandingan antara usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan sambil lewa.Mereka yang tekun,bersungguh-sungguh dalam usaha lebih disukai dan dicintai oleh Allah, bersyaratkan keikhlasan di hati.Kebarangkalian,natijah yang kurang baik atas usaha yang bersungguh-sungguh itu mengajar erti kesabaran dalam diri manusia.Semestinya, itu merupakan salah satu bentuk ujian yang Allah duga.Sama ada adakah kita akan merungut, atau kita tetap terus berpijak di atas landasan istiqamah.


Buntu,gemuruh sebelum sessi soal jawab


Bagaimana pula dengan golongan yg sebaliknya???
Mereka cukup bernasib baik.Usaha yang berkemungkinan tidak seberapa tetapi segalanya dipermudahkan.Adakah kita sedar bahawa itu semua juga merupakan petanda daripada Allah.Petanda menunjukkan bahawa Allah juga ingin menguji kita.Adakah kita akan bersyukur seandainya mendapat ni’mat sebegitu???Adakah kita akan berusaha berubah untuk menjadi golongan yang bersungguh-
sungguh,atau tetap mengharapkan keajaiban???Keajaiban yang diberikan oleh penguji dalam memberikan bantuan mahupun lintasan maklumat di kepala walaupun kita tidak berapa tahu akan perkara tersebut pada awalnya.Segala yang berlaku adalah atas izin Allah.


Cuba teka,di mana saya???

Sebagai contoh bagi diri saya sendiri,saya disoal tentang struktur yang berkedudukan di bawah satu otot di bahagian tulang pinggul (hip bone) ya’ni piriformis muscle.Antaranya ialah nerve to obturator,
sciatic nerve dan ada lagi satu struktur yang mana tidak terjawab pada asalnya akibat tidak mengambil berat akan bahagian ini.Namun, tiba-tiba terdetik di akal fikiran untuk menyebut gluteal nerve.Tetapi,
gluteal nerve ada 2 jenis,sama ada superior atau inferior gluteal nerve.Pada awalnya,sedikit ketenangan dapat saya capai namun menjadi cemas semula memikirkan jawapan antara kedua-dua pilihan.

Itulah antara realiti yang berlaku pada diri saya dan tidak dinafikan juga bagi diri kamu semua.

Persoalan utamanya di sini adalah, setakat mana tahap pergantungan kita kepada Allah???Tidak kira sama ada kita berada dalam golongan yang pertama mahupun yang kedua.
Jelasnya,Allah Maha Berkuasa dalam menentukan natijah sesuatu perkara.

Renung-renungkanlah!!!

Sunday, May 3, 2009

Muhasabah Cintaku...



Tajuk video klip di atas adalah 'Muhasabah Cintaku'.

Saya sering menonton video klip ni sejak baru2 ni apabila ada masa lapang...
Tidak kira,selepas kepenatan menghadiri kuliah di universiti,selepas capek belajar,semasa melayari internet.Pendek kata,video klip ni makin mencuit hati saya...
Mencuit hati supaya diri ini sentiasa melihatnya.

Pendek kata juga,video klip ini sudah menjadi antara video klip kegemaran(pilihan saya) selain nasyid 'Taubat Seorang Hamba' dendangan kumpulan Irsyadee bersama Hafiz Hamidun(Bekas UNIC).Dan banyak lagi,seperti 'Selamat Berjuang' daripada kumpulan Brothers.

Hiburan

'Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah'
'Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah'

Elemen hiburan sememangnya ada kapasitinya dalam Islam.Tidak disisihkan daripada kehidupan manusia disebabkan manusia secara fitrahnya memang meminati hiburan.Islamkan merupakan agama yg syumul(merangkumi seluruh aspek kehidupan).Cuma,apabila kita membincangkan dari sudut pelbagai bentuk hiburan ramai dalam kalangan manusia yg salah memilih sama ada secara sedar mahupun tidak.Dan hakikatnya,apabila tersalah memilih,maka kita akan rasa bersalah.Rasa bersalah yg macam mane???

Kita terasa seolah-olah hidup kita serba tidak kena.Hati sentiasa gundah-gulana,rasa gelisah.Sehingga ke satu tahap yg kritikal,kita tidak mampu menampung kebajatan tompok2 hitam di hati akibat terlalu hitam disulami dengan hiburan yg bukan sepertimana yg Islam inginkan.

Apabila hati sudah kotor.Emmm,pelbagai masalah melanda.
Dan kita juga akan berasa malas untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Indahnya Hiburan Islam

Hiburan bukan sahaja medan bagi kita melepaskan tekanan(tension)selepas penat.
Hiburan juga bukan untuk suka2 semata-mata.
Tetapi,ada sesuatu yg tersirat yg perlu dicungkil.
Dan apabila dicungkil mendapat hasilnya,maka keluarlah hikmahnya.

Hiburan merupakan medan bagi umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Medan supaya umat Islam kembali kepada Allah,mensyukuri ni'mat yg Allah kurniakan.

Emm,mungkin pernyataan di atas terlalu umum untuk diterima.
Apa dalilnya???Buktinya???

Cukup rasanya saya berikan contoh seperti video klip di atas.
Alunan nasyid yg melemparkan kata2,lirik yg mendalam,memberikan seribu satu persoalan untuk sama2 bagi kita menghayati.Menghayati bukan sekadar melayan melodinya yg mengasyikkan,melayan artis2nya yg come2 belaka,tetapi ada perkara yg perlu kita analisa.Sebagai contoh,apa mesej yg cuba disampaikan melalui nasyid ni serta maksud tersirat setiap rangkap lagu.

Seandainya sesuatu lagu nasyid yg berbentuk ketuhanan,keinsafan maka secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada pendengar.Tidak kira apa2 kumpulan nasyid mahupun lagu yg disampaikan.

Dan dalam seni nasyid ini,bukan sahaja berunsur ketuhanan mahupun keinsafan,tetapi merangkumi seluruh aspek.Tidak kira sama ada bereleman persahabatan,kekeluargaan,kasih sayang,sifat2 mahmudah,azab kubur sekalipun ada diselit dalam ma'ani nasyid itu sendiri.

Motivasi

Apa salahnya bagi kita meluangkan masa berhibur(sebagai contoh : mendengar nasyid)dalam beberapa ketika.Tidak lama dan jangan pula terlalu lama sehinggakan lupa akan tanggungjawab yg lebih besar sebagai Muslim seperti menunaikan solat.Cukuplah berhibur bagi mendapatkan suntikan motivasi sepertimana pesakit yg mendapat suntikan antibiotik untuk melawan kuman di dalam badan.

Yang paling penting!!!

Kita kena pandai memilih...
Demi mencapai mardhotillah(keredhaan Allah).

Wallahu 'alam.

Friday, April 17, 2009

Soal Hati...

"Kenapa tak datang kuliah tadi?"tanya si A yang prihatin.

"Aku ada masalah sikitla."jawab si B.

"Emm,takkan disebabkan sikit masalah 2 kau tak datang kuliah.Ini mesti ada sebab lain ni."soal si A lebih mendalam.

"Aku tengok kau ni,semacam je."tanya si C.

"Apa yg semacamnyer.Biase je."jawab si D dengan penuh selamba.

"Bukannyer ape.Kau aku tengok sejak kebelakangan ini,asyik bercakap je.Kalau perkara berfaedah,tak kisahla.Ni tidak,cakap perkara tak elok."tegur si C.

"Aku nak mengadu sikitla kat kau.Sebenarnya,aku rasa tak sedap hatila semenjak 2,3 hari ni."ngadu si E.

"Tak sedap hati???Kenapa???"tanya si F kemudiannya.

"Apa yg aku buat serba tak kena.Bile tengah belajar,cepat je rasa malas.Bila tengah beribadah,teringat benda lain.Hatta,aku sekarang nipun,dah selalu miss solat subuh."jelas si E.

"Aku rasa ada yg tak kena dengan hati kaula."terang si F.


Hati



Hati???

Apa istimewa sangatnya hati ni.Sedang manusia berbondong-bondong membina jasmani(menguatkan otot seluruh badan),berlumba-lumba mengisi kepala dengan bermacam-macam ilmu pengetahuan,hati yg dipersoalkan???

Kenapa agaknya???

Allah sudahpun memberikan kita keadaan jasmani yg baik,sihat tubuh badan tetapi masih tidak mampu untuk menggerakkan kaki ke tempat-tempat yg bermanfaat semacam kuliah.Sedangkan kaki yg kuat i2 pernah kita gunakan untuk menjulang pasukan dengan menjaringkan gol(Contoh : bermain bola sepak).Inikan pula ke tempat-tempat yg sedemikian.Apabila diajak ke tempat-tempat hiburan,kita tidak pernah berfikir dua tiga kali untuk menolak,tetapi menerima ajakan dengan semudahnya.Apabila diajak melakukan kebaikan,kita termangu seketika demi memikirkan alas an yg sepatut diberi.Kenapa???

Pelikkan???

Tatkala manusia lain berusaha menjaga percakapan akibat takutnya akan kedatangan hari qiamat yg sememangnya pasti akan berlaku.Kita masih mampu menggerakkan bibir di mulut,berkata perkataan yg sia-sia malahan mengumpat akan orang lain.Sedarkah kita bahawa mulut merupakan salah satu ni’mat yg Allah berikan untuk kita sentiasa berzikir,bertasbih memuji kebesaran Allah,membaca Al-Quran,menyampaikan perkara kebenaran.Malangnya,kita nodai dengan janji-janji kotor,kata-kata kesat malahan menyakitkan hati orang lain.

“Aku rasa tak sedap hatila.”

Kebanyakan daripada kita sudahpun mendapat puncanya.Punca kepada segala masalah yg berlaku.Sama ada rasa malas,tidak sungguh2 dlm beribadah,sambil lewa dalm menjalankan tugas sebagai hamba Allah,pelajar dan juga seorang anak.Dan juga susah untuk menerima teguran daripada orang lain hatta kita sendiri yg melakukan kesalahan.

Ibarat seperti rumput di permukaan tanah.Makin ditebas,makin tumbuh ia memanjang.Namun,apabila ia dicabut sekali dengan akarnya,ia tidak akan sama sekali tumbuh selepas i2 lagi.Semuanya disebabkan oleh akar.

Akar sememangnya telah kita ketahui.Punca kepada tumbuhnya rumput i2.Cuma,ia bergantung kepada tindakan kita untuk mencabutnya.

Hati???Ya!!!Hati tidak berasa tenang.Susah melaksanakan amal ibadah,susah untuk menerima ilmu.Susah…Emm,apa2 lagila yg sama waktu dengannya.

Soalnya adalah hati!!!

Di dalam jasad manusia ada segumpal darah.

Jika baik ia,maka baiklah anggota seluruhnya.

Jika buruk ia,maka buruklah anggota seluruhnya.

Ianya adalah hati.

Bagaimana jasad ingin melaksanakan amal ibadah seandainya hati sekeras batu.

Bagaimana pula lidah hendak bertutur manis jika hati sentiasa memberontak.

Jelasnya,hati adalah kunci bagi melakukan apa jua tindakan kita.

Jikalau betul kuncinya,kita dapat masuk dalam pintu yg kita hendak tuju.

Seandainya tersilap memilih kunci,alamat tak dapatla masuk.

Kita meyakini bahawa dengan menghadiri kuliah2 ilmu,dapat menambah kefahaman kita tentang sesuatu ilmu.Kita juga tahu akan ganjaran yg Allah berikan kepada golongan yg menuntut ilmu.Barangkali kita hendak pergi,tetapi desakan keras dari hati yg kotor amatlah licik.Mampukah kita untuk tidak menturutinya???Kalau kita mampu,syabas diucapkan!!!

Bagaimana pula yg tidak mampu???

Hakikatnya,hati merupakan elemen penting dalam jasad manusia.Ia bertindak sebagai main control bagi seluruh anggota badan.Oleh itu,bagi melahirkan tindakan yg suci,memerlukan hati yg suci.Jadi,penting bagi kita untuk sentiasa berusaha membersihkan jiwa ya’ni hati ditambah pula dengan istiqamah dan doa pohon kekuatan daripada Allah memandangkan cabaran dan dugaan yg cukup tinggi dibentangkan oleh zaman yg serba menggila ini.

USAHA+ISTIQAMAH+DOA

Tarbiyah Kerohanian

Said Hawwa dalam kitanya ‘Tarbiyyatuna Ruhiyyah’ ada menyatakan :

Perjalanan kerohanian merupakan perkara yg mesti bagi penggerak harakah Islamiyyah(penggerak da’wah).Apakah yg dimaksudkan dengan As-Sairu ila Allah(perjalanan menuju Allah)???

Iaitu suatu perpindahan :

· Daripada jiwa(nafsu) yg tidak bersih kepada jiwa yg bersih

· Daripada akal yg tidak syarie’ kepada akal yg syarie’

· Daripada hati yg kufur atau munafik atau fasik atau sakit kepada hati yg tenang sejahtera

Istiqamah

Setiap amalan yg kita lakukan hendaklah dengan beransur-ansur dan istiqamah walaupun sedikit.

Sabda Nabi S.A.W : Ambillah (buatlah) amalan sekadar mana yg kamu mampu,sesungguhnya Allah sama sekali tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu,sesungguhnya amalan yg disukai oleh Allah ialah yg istiqamah walaupun sedikit.

Bagaimana pula untuk mendapatkan dorongan dan semangat yg berkekalan sepanjang As-Sairu ila Allah???

1. Perhimpunan


TIDAK(x)


(Konsert)



YA(/)


(Persembahan Nasyid)




(Usrah/Kuliah Agama)

2. Nasyid




(Lagu2 Nasyid/Selawat/Munajat)


3. Membaca cerita2 teladan yg boleh membangkitkan semangat


TIDAK(x)


Ya(/)


Jagalah hati kita ini.

Jangan kita nodai dengan perkara2 maksiat.

Moga kita tergolong dlm golongan yg sentiasa menyucikan diri serta bersyukur.Insya Allah...

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati,agar kamu bersyukur.

(Surah An-Nahl : Ayat 78)



*Cermin bagi diri ini sendiri



Tuesday, April 14, 2009

Jangan Dinanti Esok Lusa...

Malam ini,hatiku seolah-olah memberontak...
Memberontak atas dasar kekosongan...
Kekosongan tanpa pengisian ke arah penyucian hati dan jiwa...
Aku,tertanya-tanya pada diriku sendiri...
Apakah sebenarnya yg berlaku ke atas diriku ini,Ya Allah???
Bukankah aku ini hambaMu,Ya Allah???

Hatiku gersang...
Hatiku keluh kesah...
Hatiku parah...
Tiada ungkapan lain yg dapat diri ini utarakan lagi...
Cukup!!!
Hatiku sudah...Ya Allah!!!
Betapa pedihnya perasaan yg terpaksa ku pendam...
Betapa banyak dosa yg telah kulakukan...

Lintasan hati i2 tiba2 muncul...
Hati aku seolah-olah tergerak untuk mencari kunci...
Kunci agar segala kekusutan yg melanda dapatku buka...
Seterusnya ku campaknya jauh2 tuk kujadikan sempadan...

Ku kuatkan jari untuk terus mencari...
Sehinggalah...
Aku ketemu satu lirik lagu yg amat menusuk kalbu...
Ibarat kaca yg pecah,dan serpihan kaca i2 menusuk terus sedalam-dalmnya ke dalam hati...

______________________________________________________________________________________

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



______________________________________________________________________________________

Alhamdulillah,syukur ku panjatkan ke hadratMu Ya Allah...
Atas kesedaran yg Kau timbulkan dalam hatiku ini...
Betapa banyak peringatan yg Kau berikan...
Kepada hambaMu Ya Allah...
Sebagai tanda kasih dan sayangMu...

Aku memohon kepadaMu Tuhan Yg Maha Esa!!!
Peliharalah imanku ini...
Jauhilah daku daripada hasutan Syaitan dan mainan dunia...

Dan aku memohon kepadaMu Ya Allah,Tuhan Yg Maha Pengasih dan Penyayang!!!
Tetapkan jalan ku ini...
Jalan ke arah menegakkan kalimahMu di atas muka bumi ini...
Muga aku tergolong dalam golongan yg sentiasa bertaubat...
Golongan yg berusaha menyucikan diri serta...
Golongan hambaMu yg Soleh...

Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya*.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Az-Zumaar : Ayat 53)


*Melainkan dosa mensyirikkan Allah

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa yg selain dari (syirik) itu,bagi siapa yg dikehendakiNya.Barangsiapa yg mempersekutukan Allah,sungguh ia telah berbuat dosa yg besar.
(Surah An-Nisa' : Ayat 48)


Oleh itu,marilah sama2 kita tajdid iman kita...
Berlumba-lumbalah ke arah pintu penyerahan(taubat)...
Agar kita menjadi golongan tawwabiin...
Yang ketagih mengharapkan rahmat,redha dan maghfirah daripada Allah...


[Nukilan Sebagai Renungan]

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008