Friday, April 17, 2009

Soal Hati...

"Kenapa tak datang kuliah tadi?"tanya si A yang prihatin.

"Aku ada masalah sikitla."jawab si B.

"Emm,takkan disebabkan sikit masalah 2 kau tak datang kuliah.Ini mesti ada sebab lain ni."soal si A lebih mendalam.

"Aku tengok kau ni,semacam je."tanya si C.

"Apa yg semacamnyer.Biase je."jawab si D dengan penuh selamba.

"Bukannyer ape.Kau aku tengok sejak kebelakangan ini,asyik bercakap je.Kalau perkara berfaedah,tak kisahla.Ni tidak,cakap perkara tak elok."tegur si C.

"Aku nak mengadu sikitla kat kau.Sebenarnya,aku rasa tak sedap hatila semenjak 2,3 hari ni."ngadu si E.

"Tak sedap hati???Kenapa???"tanya si F kemudiannya.

"Apa yg aku buat serba tak kena.Bile tengah belajar,cepat je rasa malas.Bila tengah beribadah,teringat benda lain.Hatta,aku sekarang nipun,dah selalu miss solat subuh."jelas si E.

"Aku rasa ada yg tak kena dengan hati kaula."terang si F.


Hati



Hati???

Apa istimewa sangatnya hati ni.Sedang manusia berbondong-bondong membina jasmani(menguatkan otot seluruh badan),berlumba-lumba mengisi kepala dengan bermacam-macam ilmu pengetahuan,hati yg dipersoalkan???

Kenapa agaknya???

Allah sudahpun memberikan kita keadaan jasmani yg baik,sihat tubuh badan tetapi masih tidak mampu untuk menggerakkan kaki ke tempat-tempat yg bermanfaat semacam kuliah.Sedangkan kaki yg kuat i2 pernah kita gunakan untuk menjulang pasukan dengan menjaringkan gol(Contoh : bermain bola sepak).Inikan pula ke tempat-tempat yg sedemikian.Apabila diajak ke tempat-tempat hiburan,kita tidak pernah berfikir dua tiga kali untuk menolak,tetapi menerima ajakan dengan semudahnya.Apabila diajak melakukan kebaikan,kita termangu seketika demi memikirkan alas an yg sepatut diberi.Kenapa???

Pelikkan???

Tatkala manusia lain berusaha menjaga percakapan akibat takutnya akan kedatangan hari qiamat yg sememangnya pasti akan berlaku.Kita masih mampu menggerakkan bibir di mulut,berkata perkataan yg sia-sia malahan mengumpat akan orang lain.Sedarkah kita bahawa mulut merupakan salah satu ni’mat yg Allah berikan untuk kita sentiasa berzikir,bertasbih memuji kebesaran Allah,membaca Al-Quran,menyampaikan perkara kebenaran.Malangnya,kita nodai dengan janji-janji kotor,kata-kata kesat malahan menyakitkan hati orang lain.

“Aku rasa tak sedap hatila.”

Kebanyakan daripada kita sudahpun mendapat puncanya.Punca kepada segala masalah yg berlaku.Sama ada rasa malas,tidak sungguh2 dlm beribadah,sambil lewa dalm menjalankan tugas sebagai hamba Allah,pelajar dan juga seorang anak.Dan juga susah untuk menerima teguran daripada orang lain hatta kita sendiri yg melakukan kesalahan.

Ibarat seperti rumput di permukaan tanah.Makin ditebas,makin tumbuh ia memanjang.Namun,apabila ia dicabut sekali dengan akarnya,ia tidak akan sama sekali tumbuh selepas i2 lagi.Semuanya disebabkan oleh akar.

Akar sememangnya telah kita ketahui.Punca kepada tumbuhnya rumput i2.Cuma,ia bergantung kepada tindakan kita untuk mencabutnya.

Hati???Ya!!!Hati tidak berasa tenang.Susah melaksanakan amal ibadah,susah untuk menerima ilmu.Susah…Emm,apa2 lagila yg sama waktu dengannya.

Soalnya adalah hati!!!

Di dalam jasad manusia ada segumpal darah.

Jika baik ia,maka baiklah anggota seluruhnya.

Jika buruk ia,maka buruklah anggota seluruhnya.

Ianya adalah hati.

Bagaimana jasad ingin melaksanakan amal ibadah seandainya hati sekeras batu.

Bagaimana pula lidah hendak bertutur manis jika hati sentiasa memberontak.

Jelasnya,hati adalah kunci bagi melakukan apa jua tindakan kita.

Jikalau betul kuncinya,kita dapat masuk dalam pintu yg kita hendak tuju.

Seandainya tersilap memilih kunci,alamat tak dapatla masuk.

Kita meyakini bahawa dengan menghadiri kuliah2 ilmu,dapat menambah kefahaman kita tentang sesuatu ilmu.Kita juga tahu akan ganjaran yg Allah berikan kepada golongan yg menuntut ilmu.Barangkali kita hendak pergi,tetapi desakan keras dari hati yg kotor amatlah licik.Mampukah kita untuk tidak menturutinya???Kalau kita mampu,syabas diucapkan!!!

Bagaimana pula yg tidak mampu???

Hakikatnya,hati merupakan elemen penting dalam jasad manusia.Ia bertindak sebagai main control bagi seluruh anggota badan.Oleh itu,bagi melahirkan tindakan yg suci,memerlukan hati yg suci.Jadi,penting bagi kita untuk sentiasa berusaha membersihkan jiwa ya’ni hati ditambah pula dengan istiqamah dan doa pohon kekuatan daripada Allah memandangkan cabaran dan dugaan yg cukup tinggi dibentangkan oleh zaman yg serba menggila ini.

USAHA+ISTIQAMAH+DOA

Tarbiyah Kerohanian

Said Hawwa dalam kitanya ‘Tarbiyyatuna Ruhiyyah’ ada menyatakan :

Perjalanan kerohanian merupakan perkara yg mesti bagi penggerak harakah Islamiyyah(penggerak da’wah).Apakah yg dimaksudkan dengan As-Sairu ila Allah(perjalanan menuju Allah)???

Iaitu suatu perpindahan :

· Daripada jiwa(nafsu) yg tidak bersih kepada jiwa yg bersih

· Daripada akal yg tidak syarie’ kepada akal yg syarie’

· Daripada hati yg kufur atau munafik atau fasik atau sakit kepada hati yg tenang sejahtera

Istiqamah

Setiap amalan yg kita lakukan hendaklah dengan beransur-ansur dan istiqamah walaupun sedikit.

Sabda Nabi S.A.W : Ambillah (buatlah) amalan sekadar mana yg kamu mampu,sesungguhnya Allah sama sekali tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu,sesungguhnya amalan yg disukai oleh Allah ialah yg istiqamah walaupun sedikit.

Bagaimana pula untuk mendapatkan dorongan dan semangat yg berkekalan sepanjang As-Sairu ila Allah???

1. Perhimpunan


TIDAK(x)


(Konsert)



YA(/)


(Persembahan Nasyid)




(Usrah/Kuliah Agama)

2. Nasyid




(Lagu2 Nasyid/Selawat/Munajat)


3. Membaca cerita2 teladan yg boleh membangkitkan semangat


TIDAK(x)


Ya(/)


Jagalah hati kita ini.

Jangan kita nodai dengan perkara2 maksiat.

Moga kita tergolong dlm golongan yg sentiasa menyucikan diri serta bersyukur.Insya Allah...

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati,agar kamu bersyukur.

(Surah An-Nahl : Ayat 78)



*Cermin bagi diri ini sendiri



Tuesday, April 14, 2009

Jangan Dinanti Esok Lusa...

Malam ini,hatiku seolah-olah memberontak...
Memberontak atas dasar kekosongan...
Kekosongan tanpa pengisian ke arah penyucian hati dan jiwa...
Aku,tertanya-tanya pada diriku sendiri...
Apakah sebenarnya yg berlaku ke atas diriku ini,Ya Allah???
Bukankah aku ini hambaMu,Ya Allah???

Hatiku gersang...
Hatiku keluh kesah...
Hatiku parah...
Tiada ungkapan lain yg dapat diri ini utarakan lagi...
Cukup!!!
Hatiku sudah...Ya Allah!!!
Betapa pedihnya perasaan yg terpaksa ku pendam...
Betapa banyak dosa yg telah kulakukan...

Lintasan hati i2 tiba2 muncul...
Hati aku seolah-olah tergerak untuk mencari kunci...
Kunci agar segala kekusutan yg melanda dapatku buka...
Seterusnya ku campaknya jauh2 tuk kujadikan sempadan...

Ku kuatkan jari untuk terus mencari...
Sehinggalah...
Aku ketemu satu lirik lagu yg amat menusuk kalbu...
Ibarat kaca yg pecah,dan serpihan kaca i2 menusuk terus sedalam-dalmnya ke dalam hati...

______________________________________________________________________________________

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



______________________________________________________________________________________

Alhamdulillah,syukur ku panjatkan ke hadratMu Ya Allah...
Atas kesedaran yg Kau timbulkan dalam hatiku ini...
Betapa banyak peringatan yg Kau berikan...
Kepada hambaMu Ya Allah...
Sebagai tanda kasih dan sayangMu...

Aku memohon kepadaMu Tuhan Yg Maha Esa!!!
Peliharalah imanku ini...
Jauhilah daku daripada hasutan Syaitan dan mainan dunia...

Dan aku memohon kepadaMu Ya Allah,Tuhan Yg Maha Pengasih dan Penyayang!!!
Tetapkan jalan ku ini...
Jalan ke arah menegakkan kalimahMu di atas muka bumi ini...
Muga aku tergolong dalam golongan yg sentiasa bertaubat...
Golongan yg berusaha menyucikan diri serta...
Golongan hambaMu yg Soleh...

Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya*.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Az-Zumaar : Ayat 53)


*Melainkan dosa mensyirikkan Allah

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa yg selain dari (syirik) itu,bagi siapa yg dikehendakiNya.Barangsiapa yg mempersekutukan Allah,sungguh ia telah berbuat dosa yg besar.
(Surah An-Nisa' : Ayat 48)


Oleh itu,marilah sama2 kita tajdid iman kita...
Berlumba-lumbalah ke arah pintu penyerahan(taubat)...
Agar kita menjadi golongan tawwabiin...
Yang ketagih mengharapkan rahmat,redha dan maghfirah daripada Allah...


[Nukilan Sebagai Renungan]

Wednesday, April 8, 2009

Sekadar Perkongsian...

‘’Ustaz da sampai,ustaz da sampai,’’kata salah seorang daripada kami.

‘’Buku dah bawa ke belum???’’tanya si prihatin.

‘’Duduk2,ambil tempat masing2.’’tegur yg lain.

Itulah antara kata2 yg sering terngiang-ngiang setiap kali tiba hari Rabu malam Khamis di teratak imarah kami.Kami pelajar perubatan tahun satu Universiti Kaherah rata-ratanya tinggal di satu imarah(lebih kurg mcm apartment) yg sama.Kebiasaannya,waktu beginilah yg kami gunakan sebagai pengisi,penyuap makanan rohani kami setelah penat mengisi makanan akal di kuliah.

Kebetulan pada malam ini,rumah di tingkat 11(tuan rumah) penuh dengan sorakan gembira berbaur kesedihan,ditambah pula jeritan kepuasan apabila pasukan bola yang diminati mendahului pasukan yang lain.Ya,perlawanan bola antara pasukan Liverpool dengan Chelsea sempena liga juara2 Eropah.Cukup kontroversi,cukup memuaskan dengan gaya permainan yang ditunjukkan oleh pemain2 profesional malahan kebanyakan pemain merupakan pemain bertaraf antarabangsa(komen hiperbola).

Takpela.Sekali sekala.Yang penting tanggungjawab utama kita sebagai seorang Muslim terlaksana.Lagipun,bukan selalu dapat kumpul macam ni.Kalau tak di kuliah semasa di universitipun,di kuliah agama kat imarah ni.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya jalinan rabitah antara kami tidak kelam membisu.

‘’Sudahlah 2,ustaz da sampai.Tutup tv,lagipun nak habih dah 2,’’kata si pelerai.
Keputusan pada malam ini berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Chelsea dengan jaringan 3 berbalas 1.

Kholas Kida!!!

Pengisian

Seperti biasa,ustaz memulakan kalam dengan membuka ummul Furqan dan di hadapan bersusun kitab yang akan dibicara ya’ni Kitab Bidayatul Hidayah dan Kitab Nailur Rojak.Ustaz meneruskan ucapan dan pada kali ini,kami menyambung kembali pengajian agama bermula dgn Kitab Bidayatul Hidayah bab Adab Berwudhu’.Kami pada mulanya agak mengantuk dan keletihan disebabkan kuliah yg bermula agak lambat daripada sebelumnya.Ditambah pula dengan keletihan ketika berada di padang bagi mereka yang terlibat.Sebahagian daripada kami terlibat dengan perlawanan futsal anjuran PERUBATAN pada sebelah petangnya.Keputusannya,kami kalah tipis di tangan pasukan senior.Minggu ini,pengajian bermula pada pukul 10 mlm lebih.Ustaz tidak dapat datang lebih awal kerana mempunyai kelas di Azhar.



''Seterusnya.Hendaklah kamu membasuh tangan kanan kamu,kemudian diikuti tangan kiri hingga ke siku ditambah pula setengah bahagian lengan,’’kata ustaz menyampaikan pengisian.


‘’Kenapa agaknya perlu bagi kita melebihkan basuhan???’’soal ustaz bersahaja.


‘’Sesungguhnya,bagi mereka yang berwudhuk(secara sempurna)akan dibangkitkan oleh Allah dalam keadaan bercahaya(anggota wudhuk).Jadi,Rasulullah akan tercari-cari mereka yang bercahaya ini sebagai tanda cintakan mereka yang sentiasa dalam keadaan bersuci,’’jelas ustaz.

Ustaz menyambung.

‘’Ketika membasuh tangan kanan,hendaklah memohon kepada Allah agar kita kelak diberikan buku amalan dari bahagian kanan atau hadapan beserta dipermudahkan hisab oleh Allah.Ketika basuhan di sebelah tangan kiri pula,minta perlindungan Allah agar dijauhkan daripada menerimanya(buku amalan)dari sebelah kiri dan belakang.’’

Penjelasan

‘’Cuba kamu semua bayangkan,keadaan bagi mereka yang menerima buku amalan dari sebelah belakang.Perut mereka akan berlubang atas izin Allah dan dari situlah tangan mereka akan mencapai buku catatan amalan,’’terang ustaz memberi gambaran.
Masya Allah!!!Nauzubillah.Muga2 kita tidak seperti begitu.

‘’Ingat 2 wahai sahabat2!!!Itulah antara gambaran yg Allah berikan ketika mana manusia dibangkitkan kembali selepas tiupan sangkakala yg kedua.Manusia berbondong-bondong ketika i2 ,menunggu giliran untuk dihisab.Baik amalan,Syurgalah tempatnya.Buruk amalan,alamat nerakalah tempat tinggal kita.’’


(Gambar Hiasan)

‘’Seandai sesama manusia,baik dibalas dengan baik.Manakala buruk dibalas juga dengan buruk malahan mungkin lebih teruk drpd sebelumnya.’’

‘’Bagi manusia yg tidak beramal soleh,maka mereka akan menerima azab pedih.Adakah Allah kejam???Adakah Allah berdendam dengan hambaNya setelah berjanji kepadaNya sebelum lahir ke muka bumi.Kemudiannya, melanggar perjanjian denganNya untuk taat beribadah kepadaNya.Sepertimana manusia yg menyimpan perasaan dendam di hati,kemudian dizahirkan dengan bentuk penindasan.Benarkah begitu???tanya ustaz.


‘’Tidak sama sekali.Allah i2 Maha Pemberi Rahmat!Allah i2 Maha Adil.Cuba kita lihat,tidak hairankah kita bagaimana org2 kafir tetap menerima ni’mat berupa rezeki oleh Allah.Kadang2 org2 kafir jauh lebih kaya berbanding dengan org2 Islam sedangkan kita hamba yg mengaku mengEsakan Allah serta mengimani bahawa Nabi Muhammad i2 pesuruh Allah sebaliknya mereka mensyirikkan Allah.’’

‘’Sahabat2,itulah tanda rahmat Allah.Dia mengurniakan rezeki terhadap siapa2 yg berusaha mendapatkannya.’’



‘’Dan bagaimana Allah boleh dikatakan kejam,berdendam sedangkan betapa banyak peringatan yg Allah berikan ketika mana seorang hamba i2 masih hidup.Segala macam bentuk peringatan Allah berikan sebagai tanda cinta dan kasihnya Allah terhadap hambaNya.Tapi,nasi sudah menjadi bubur.Cinta dan kasih Allah i2 tidak akan bermakna setelah nyawa ditarik di bahagian halqum.Azab Allah tetap akan diberikan bagi mereka yang ingkar,ingkar setelah mendapat perhatian drpd Allah.’’

‘’Bukankah begitu???’’tegas ustaz.

Mukhatimah

Itulah antara bentuk pengisian yang kami dapat.Bukan itu sahaja,bahkan banyak lagi daripada i2.Cukuplah sekadar i2 perkongsian daripada diri ini.Biarlah sedikit,asalkan yg sedikit i2 menjadi amalan bagi kita.

La yudroku kulluh la yutroku kulluh(Sekiranya kamu tidak mampu melakukan kesemuanya,maka janganlah kamu meninggalkan kesemuanya).



Wallahu ‘alam.

Tuesday, April 7, 2009

Apa Yang Terbuku Di Hati



Manusia???

Apa yg dpt kita perkatakan tntg manusia???

Ya,sememangnya manusia merupakan antara makhluk ciptaan Allah sama seperti makhluk2 yg lain.Tidak kira sama ada makhluk yg terdiri daripada malaikat,jin hatta haiwan sekalipun.Hakikatnya,semua i2 merupakan hasil ciptaan Allah yg unik dan cukup mengkagumkan.

Tapi,apa kait rapatnya dengan manusia???

Memang betul!!!Manusia merupakan makhluk Allah bahkan lebih unik berbanding makhluk lain disebabkan adanya satu barang yg cukup berharga,yg mana jika digunakan ia dgn sebaik mungkin nescaya terbuktilah manusia i2 merupakan gol yg telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran yg berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya.
(Surah At-Tiin : Ayat 4)


Jelaslah kepada kita bahawa Allah telah menjadikan kita sebaik-baik penciptaan.Ditambah pula dengan adanya akal(barang berharga) untuk membezakan antara hak dan batil.Betapa banyak keterangan yg Allah muatkan dalam Quranul Qarim sebagai pedoman,ikutan dan peringatan buat manusia supaya kelak kita tergolong dlm gol yg Allah janjikan mendapat tempat di syurga yg abadi.

Akal???

Malangnya,bukan akal yg digunakan untuk memahami keterangan yg Allah beri,sebaliknya akal diguna pakai sesuka hati demi kepuasan diri sendiri.Tidak kira sama ada natijah penggunaan akal itu merosakkan,menjatuhkan maruah sesama manusia asalkan memuaskan hati yg dahagakan segala macam bentuk pendustaan.Takut2 kita tergolong dalam gol yg Allah janjikan azab yg pedih sepertimana firman Allah S.W.T yg berbunyi:

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yg serendah-rendahnya(Neraka).
(Surah At-Tiin : Ayat 5)

Pada hakikatnya,memang tidak dapat disangkal akan kedudukan manusia yg mana jauh lebih baik drpd makhluk lain.Tapi ingat,kelebihan yg Allah beri i2 bukan untuk hiasan semata-mata tetapi sebagai perhiasan yg mana menjadi cermin kepada manusia lain.Manusia yg mana menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.Bertunjangkan Aqidah yg sahih,berbatangkan syariat Allah dan berbuahkan akhlak terpuji seperti mana yg ditunjukkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam pada masa yg sama,Allah memberikan pengecualian terhadap mereka yg beruntung ya’ni bukan mereka yg dijatuhkan martabat menjadi gol hina di sisi Allah serta makhluk lainnya.Allah berfirman:

Kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan amal soleh,maka bagi mereka pahala yg tiada putus-putus.
(Surah At-Tiin : Ayat 6)

Cuba kita renungkan bersama!!!
Siapa antara kita yg tidak mahu dianugerahkan pahala drpd Allah???
Tentu jawapannya mahu,kan???

Jadi,itulah sebenarnya pokok kemulian bagi seseorang manusia.Mulia disebabkan iman dan amalnya.Namun,apa komponen yg dapat diguna untuk mencapai tahap iman(yg mantap) dan amal yg soleh???

Jawapannya adalah akal!!!

Akal Allah beri kepada kita untuk mengkaji ayat2 suci Al-Quran.Dalam erti lain,bermaksud sama2 mentadabbur,menghayati hikmah di sebalik kalam Allah.Bukan sekadar di bibir untuk dibaca tetapi menjadi pelekat di hati demi mentarbiyah diri menjadi hamba Allah yg sejati.

Ukhuwah

Hubungan sesama manusia memang tidak dapat lari dalam mendekatkan diri kepada Allah.Malahan,Allah memerintahkan kepada kita supaya sentiasa memelihara ikatan sesame manusia.

Agama Islam merupakan agama syumul.Pergaulan antara salah satu komponen dalam agama Islam itu sendiri.Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia sama seperti komponen lain ya’ni politik,pendidikan,sukan mahupun perkahwinan itu sendiri.

Hatta dalam urusan menyambut tetamupun,Islam titikberatkan.

Sesiapa yg beriman dengan Allah dan hari akhirat,hendaklah dia memuliakan tetamunya.
( Petikan hadith)


Luahan Hati Yang Sebenarnya

Betapa banyak blog yg tumbuh bak cendawan selepas hujan.Ditambah pula dengan kemudahan percuma yg disediakan menambah galakan untuk manusia berbondong-bondong mencipta id untuk blog masing2.Pelbagai motif,kepentingan tersendiri timbul apabila menggunakan blog sebagai medium penulisan sama ada untuk luahan perasaan,penceritaan pengalaman,dakwah mahupun penyampaian ideologi masing2 lebih2 lagi isu2 politik semasa di Malaysia terutamanya.

Walaupun manusia dikurniakan barang berharga yg sama(akal),namun tidak bermakna tahap pemikiran seseorang sama dengan seseorg yg lain.Boleh jadi warna kulit sama sawo matang,rambut sama hitam tetapi siapa tahu isi hati masing2.Ibarat sebuah kisah apabila disinopsiskan akan mendapat jawapan dari sudut berbeza mengikut org2 yg berbeza.

Begitulah hakikatnya.Kita tidak semua punya satu ideologi yg sama.

Apa yg nak diperkatakan ini adalah ideologi dalam bidang politik di Malaysia.

Cukup jelas!!!Terang dan nyata…

Janganlah disebabkan wujud jurang perbezaan dari segi pemikiran,sokongan ideologi politik,menjadikan kita sebagai raja sekejap,seolah-olah tidak mahu berlapang dada.Sebaliknya,nilai perbezaan i2 dijadikan sebagai medan peperangan siber.

Raja sejejap???

Ya,raja di dunia sahaja bukan di akhirat.Sesuka hati melepaskan apa yg terbuku di hati demi kepuasan hati sehingga melupakan nilai2 akhlak Islamiyah.Lebih malang lg,sehingga mewujudkan benteng pemisah antara hubungan sesama manusia hanya disebabkan perbezaan ideologi pemikiran.Lupakah kita bahawa kita merupakan saudara sesama kita???

Jgn disebabkan taksub terhadap pemikiran(ideologi)politik sampai hubungan sesama manusia tergadai.

Kata2 tidak bertapis,ayat sudah tidak manis dibaca malah menyakitkan hati.

Ya,kita boleh mengaku bahawa kitalah wira agama!!!Kita boleh mengucap bangga bahawa kita sudah cukup baik.Cukup baik untuk mengatakan org lain salah.Tetapi jgnlah kita menjadi gol yg tidak tahu berakhlak sepertimana sebuah hadith daripada Rasulullah S.A.W :

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi S.A.W : Wahai Rasulullah,sesungguhnya seorang wanita terkenal dengan banyak bersembahyang(sunat),berpuasa dan bersedekah,namun kata-katanya menyakiti jirannya.Sabda Nabi S.A.W: Dia dimasukkan ke dalam Neraka.Kemudian beliau bertanya lagi: Wahai Raslullah,seorang perempuan terkenal dengan kurang bersembahyang(sunat) dan berpuasa.Dia hanya bersedekah sepotong kecil keju,namun dia tidak menyakiti jirannya,Jawab nabi S.A.W : Dia akan ditempatkan di dalam syurga.(Riwayat Ahmad)

Sememangnya,inilah perubahan masa.Perubahan yg dikatakan melangkau dunia siber,dunia tanpa sempadan.Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat masing2 tanpa batasan.Islam memang meraikan perbezaan pendapat antara manusia atas kelebihan akal yg Allah berikan.Tetapi,biarlah akal itu digunakan untuk mengeluarkan pendapat yg mengikut apa yg digariskan oleh Islam,ya’ni mengandungi nilai2 akhlak Islamiyah.Sebagai contoh,pendapat mahupun pandangan yg tiada unsur bahasa yg kasar,tidak bertujuan menjatuhkan maruah seseorang.

Akal???

Mengeluarkan pendapat???

Biarlah sejajar dengan akhlak islamiah…

Agar peribadi luhur dicermin hasil iman yg mantap.

Biarlah wujud perbezaan ideologi dalam bidang politik.Bukan siapa yg betul,siapa yg salah dicari tetapi sejauh mana keikhlasan mengamalkan politik Islam yg sebenarnya.

Hidup bukan kerna ideologi politik,tetapi hidup kerana…

ISLAM!!!



DUNIA DI TANGAN JANGAN DI HATI...



Wallahu ‘alam
Dari hambaMu yg faqir


*Luahan hati setelah membuka beberapa blog yg berprinsipkan politik di Malaysia.Terdapat komen2 yg tertera ibarat air yg tidak bertapis.

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008