Thursday, February 19, 2009

Catatan Kembara Syitawi 2

Alhamdulillah...akhirnya,dpt juga diri ini mengambil kesempatan,mencari masa terluang bagi menyambung kembali catatan tntg pengembaraan yg lepas.

HARI KEDUA



(Berpakaian tebal)


Tepat jam 12.30 mlm,kami dikumpulkan untuk meneruskan aktiviti yg seterusnya ya'ni ekspedisi mendaki Gunung Thursina=Jabal Musa.

Perjalanan kami dimulakan dgn bacaan doa,memohon agar perjalanan ini dipermudahkn oleh Allah serta mengelak drpd sebarang kecelakaan yg tidak diingini.

Kami memulakan ekspedisi tepat jam 1.00 pagi selepas sedikit sessi briefing dan bacaan doa.



(Unta yang bertuah)

Pelbagai halangan dan cabaran yg terpaksa kami tempuh sepanjang perjalanan.Perjalanan sejauh 2 ke 3 km itu memakan masa selama 4 jam lebih untuk sampai ke puncak gunung.Kenapa lama sangat?Jelasnya,laluan yg kami lalui untuk sampai ke puncak bukan mudah jika mengikut kiraan jarak dari bawah ke puncak.Laluannya yg tidak lurus,sebaliknya terdapt banyk simpang siur,memaksa kami untuk menggunakan tenaga yg banyak untuk berjalan.Malahan,cuaca yg agak sejuk hampir mencecah -10 darjah celcius menjadi faktor kelewatan bagi kami untuk sampai ke puncak.

Alhamdulillah,akhirnya rombongan kami sampai di puncak ketika masuknya waktu solat Subuh,dalam pukul 5 pagi.



(Pemandangan matahari terbit dari puncak gunung)


(Rombongan ekspedisi menawan puncak Gunung Thursina)

Kemudiannya,kami bergerak untuk turun semula pada jam 7 pagi.Rombongan kami turut sempat melihat patung lembu Samiri dan juga maqam Nabi Allah,ya'ni Nabi Harun a.s.


(Patung Lembu Samiri)



(Depan Maqam Nabi Harun a.s)


Dalam keadaan yang agak kepenatan selepas pendakian,kami terus meneruskan perjalanan meninggalkan bumi Gunung Thursina menuju ke Pantai Dahab.


(Peta kedudukan antara Gunung Sinai dengan Pantai Dahab)

Kami bermalam di Dahab untuk semalaman.Untuk makluman semua,Pantai Dahab merupakan antara salah satu tempat pelancongan bagi negara Mesir yang agak menarik.Dahab turut dikunjungi oleh pelancong asing dari negara2 Eropah terutamanya.

Antara gambar kenang-kenangan kami di Pantai Dahab :









0 comments:

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008