Wednesday, March 4, 2009

Catatan Kembara Syitawi 3

HARI KETIGA


Selepas ke Pantai Dahab,kami menuju pula ke Thaba yang mana merupakan sempadan negara Israel dan Mesir.Di situ,kelihatan sebuah hotel Hilton yang mana menjadi penanda sempadan kedua-dua negara tersebut.


(Jalan menuju ke sempadan)


(Hotel Hilton)

Perjalanan kami dari Dahab ke Thaba mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.Apabila sampainya kami di sana,kami teringin untuk turun dari bas untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sempadan tersebut.Namun,apakan daya...kami sesekali tidak dibenarkan turun demi menjaga keselamatan diri daripada kejadian yang tidak diingini.

Walaupun begitu,kehampaan kami seakan-akan terubat apabila tiba di salah satu kol'ah(kubu) Salehuddin al-Ayyubi.

(Kol'ah dari sudut pandangan jauh)

Kami bukan sahaja mampu melihat kol'ah dari pandangan jauh,malahan lebih dekat dan jelas lagi.

(Berhadapan kol'ah)


Kami mengambil kesempatan peluang yang sedia ada untuk pergi ke pulau tempat letaknya kol'ah tersebut dengan menaiki sebuah bot yang kami sewa.







(Kapten kemudi kapal)


Inilah antara contoh2 peninggalan Salehudin al-Ayyubi kepada ummat zaman sekarang.Kol'ah ini secara tersurat dan tersiratnya,memberi seribu pengajaran kepada kita,umat akhir zaman ini akan kekuatan ummat Islam pada suatu ketika dahulu.











Sesungguhnya,banyak pengalaman yang berharga,yang mana tidak pernah dirasa sebelum ini,berbekalkan wasilah perjalanan(pengembaraan) ini,membuka pintu hati betapa besarnya kuasa Allah sebagai Pencipta(Al-Khaliq).

Betullah apa yang diperkata, 'Jauh perjalanan,luas pemandangan,membuka pemikiran'.
Betapa ramai manusia yang sudah berjalan jauh,malahan dapat melihat pemandangan yang pelbagai,namun pemikiran(mata hati) masih belum terbuka.Hakikatnya, perihal kewangan bukan menjadi isu,tetapi yang perlu diberi penekanan adalah setakat mana kita sebagai pelancong di muka bumi Allah ini,ingin tergolong dalam golongan pelancong Allah yang telah ditetapkan di dalam Al-Quranul Qarim...

1.Surah At-Taubah : Ayat 112
2.Surah Al-Ankabuut : Ayat 20
3.Surah Yusuf : Ayat 109
4.Surah Al-Hajj : Ayat 46
5.Surah Ghafir : Ayat 82
6.Surah Muhammad : Ayat 10-11
7.Surah An-Naml : Ayat 69-70

'Sama2 kita renungkan'

Setakat itu sahaja perkongsian catatan pengembaraan dari hamba yang lemah dan hina di sisi Allah ini.

Sekian.

Wallahu 'alam.


0 comments:

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008