Tuesday, March 17, 2009

Rintihan Kesalan

Assalamualaikum warahmatullah...

Setelah sekian lama menanti waktu yg agak sesuai,setelah tangan kian gatal untuk menaip.Akhirnya,dapat juga diri ini meluangkan masa sedikit masa bersama pena internet.Pengurusan masa amat penting untuk membahagikan masa antara belajar dan melayari internet,lebih2 lg diri yg bergelar sbagai pelajar kuliah perubatan.Tidak bermakna tiada penekanan pengurusan masa terhadap mereka yg mengaji di bidang lain,memandangkan subjek perubatan memerlukan usaha yg lebih tinggi,lebih2 lg dalam penghafalan.

Kali ini,diri ini berminat untuk berkongsi sedikit diari kehidupan yg meninggalkan kesan yg agak pedih sehingga membuka pintu hati ini untuk terus maju ke hadapan.Memandangkan peristiwa ini pada mulanya susah untuk diterima dgn hati terbuka tetapi,alhamdulillah.Setelah dibuat refleksi terhadap diri sendiri.Jelas semuanya berlaku atas salah dan silap diri sendiri.

Lumrah bg kehidupan seorang pelajar,kita akan diuji pemahaman terhadap subjek pembelajaran yang telah dipelajari dengan adanya beberapa tahap ujian berperingkat dari ujian di peringkat rendah mahupun yg agak tinggi.Bertepatan dengan kaedah pendidikan di zaman ini yg menumpukan pendidikan berorientasikan peperiksaan.Hendak atau tak nak,sebagai seorang pelajar,kita kena menghadapi ujian2 ini.

Dan diri ini sebagai pelajar kuliah perubatan baru sahaja menjalani ujian pertengahan tahun di universiti.Ini merupakan pengalaman baru dalam menghadapi peperikasaan selain di Malaysia seperti UPSR,PMR dan SPM.Soalan2 yg dikemukan berbentuk lebih mendalam dan memerlukan tahap pemahaman yg baik dalam setiap subjek.Tanpa pemahaman,penghafalan dalam subjek,alamatnya akan kandas dalam ujian tersebut.

Begitulah yg terjadi kepada diri ini.Baru-baru ini,keputusan bagi ujian pertengahan tahun menunjukkan bahawa prestasi diri dalam subjek perubatan masih belum di tahap yg memberansangkan.Memberansangkan di sini adalh pada tahap sungguh2.Keseluruhannya,keputusan agak stabil dan di tahap yg masih baik tetapi menampakkan kelemahan dalam salah satu subjek perubatan ya'ni subjek anatomi.Keputusan yang mana boleh dikatakan dalm kalngan yg mempunyai markah rendah.Apabila disebut subjek anatomi,pelajar2 perubatan akan dilanda dilemma.Dilemma untuk menghafal.Lagipun,subjek ini menumpu serta menekankan struktur badan,tulang2,otot2,urat saraf yang mana hendak atau tak nak,mesti tahu secara detailed.


(Salah satu buku rujukan anatomi)


Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna...

Peristiwa ini banyak mengajar diri ini untuk tidak lagi leka.Akan tetapi,perubahan perlu dilakukan dari segala aspek sama ada pengurusan masa,cara belajar dan penumpuan ketika di dalam kelas.Apabila membaca kembali Surah al-Asr,sudah cukup untuk menyatakan bahawa kita sentiasa dalam kerugiaan.Tetapi wujudnya pengecualian terhadap mereka yg menghargai masa hidupnya sebelum datang masa matinya seterusnya dihisab segala amalan di hadapan Allah.

Dan inilah bentuk tarbiyah diri.Tarbiyah yang mengajar kita erti kegigihan dan tak kenal erti putus asa.Mungkin teruknya dalam sesuatu keputusan ujian boleh dianggap sesuatu yg ringan mahupn biasa.Tetapi adakah ia tetap dikatakan ringan/biasa sekiranya teruk tanpa usaha yg sungguh2.

Bagaimana pula dengan persiapan kita menghadapi hari Qiamat?
Yg mana lebih besar ujiannya berbanding ujian di peringkat pelajar.
Sekiranya di peringkat pelajar sudah tidak mampu bersungguh,jadi?
Dalam usaha untuk mencapai redha Allah.

Ya Allah!!!Maafkanlah diri ini.

Diri yang tidak menghargai tiap detik nafas yang Kau berikan.
Diri yang pada kemungkinannya,mengkhianati harapan ibubapa.

Ya Allah!!!Ampunilah daku.

0 comments:

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008