Saturday, March 28, 2009

Ayuh Wahai Pemuda!!!

''Kalau kita lihat secara halusi,banyak dalam kalangan Muslim yang mana pada zahiriahnya memang mantap.Menjaga solat 5 waktu,membaca Al-Quran pada setiap hari,pandai dalam pelajaran,hebat bersukan.Tetapi malangnya,mantap zahiriah sebaliknya lemah spiritual(rohaniah).Maka,kita tak akan menjadi Muslim yang sejati tetapi dicop sebagai Muslim yang kurang sempurna.''

Begitulah antara kata2 yang diri ini dengari, yang mana dilontarkan oleh pembentang slot satu Kursus Pengenalan Islam siri yang kedua di Universiti Ain Syams,Kaherah pada Jumaat lepas.Tajuk pada pembentangan kali itu berbunyi 'Pengurusan Spiritual Dalam Kehidupan Pelajar Muslim'.

''Sebagai seorang Muslim lebih2 lagi adik2 yang bergelar seorang remaja,perlu sedar akan kewajipan yang adik2 perlu laksanakan.''

Diri ini merasa seronok untuk terus taat mendengar setiap patah perkataan drpd pembentang.

''Malangnya,ramai remaja yang kurang berperanan,berusaha mentarbiyah diri menjadi golongan pemuda yang disegani.Kita lihat sendiri keadaan masyarakat kita di Malaysia.Sudah cukup menggambarkan kepada kita betapa lunturnya akhlak remaja pada masa kini.''

Kemudian,pembentang meneruskan lagi ucapannya.

''Adik2 perlu memantapkan kefahaman Islam yang hakiki di dalam diri,bersungguh dalam mengamalkan segala tuntutan Islam,jadilah gol da'ie yang berdakwah mengajak masyarakat ke arah Islam,seterusnya mengikat erat pautan ukhuwah atas dasar Islam.''

Ya Allah!!!
Betapa besarnya peranan kami sebagai seorang remaja.Bukan remaja yang sekadar remaja,bahkan remaja generasi ulung demi mempertahankan syiar Islam di atas muka bumi ini.

Diri ini merasakan seolah-olah ombak telah membadai badan.Betapa masa,ni'mat nyawa yang Allah kurniakan ini tidak digunakan sepenuhnya untuk mentarbiyah diri.Malah,lebih banyak dihabiskan semata-mata atas tuntutan hawa nafsu yang inginkan keni'matan dunia sehingga melupakan ni'mat akhirat yang kekal abadi.

''Jadilah pemuda yang Rabbaniyyiin(Mengesakan Allah),pemuda yang Tawwabiin(Bertaubat) dan Ghuraba'(pelik),tetapi menghidupkan manusia.''

Hati kami,peserta2 kursus bertambah cair & layu,terasa hina di sisi Allah apabila pembentang membacakan kalam Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.
(Surah Al-Anfaal : Ayat 2)

Begitulah antara sifat orang Mu'min,yang mana apabila mendengar kalam Allah,gementar hatinya sehinggakan menitis air mata.Malangnya bagi diri kita,sudah berapa banyak dalam kehidupan kita mendengar ayat2 Allah.Dan berapa banyak pula kita menangis sejurus mendengar ayat2 Allah.Dan begitula juga keadaannya apabila kita membaca Al-Quran.
Kita membaca hanya sekadar membaca tanpa berusaha untuk mentadabbur maksud di sebalik ayat2 suci Al-Quran.

Kenapa ia berlaku???

Dalam perjuangan kita dalam menegakkan risalah Islam,perjuangan itu perlu dibina atas dasar asas Tauhid(Aqidah),Syariat dan Akhlak(Tasawwuf).

Mungkin diri ini dan kita semua lupa untuk menjadikan hati sebagai tunjang.Pembersihan hati ke arah hati yang suci dan jernih perlu dicorak untuk menjadi Muslim yang sejati.

Begitulah antara mukhalasoh yang diri ini simpulkan berdasarkan apa yang didengar dan difahami melalui pembentangan slot 1 Kursus Pengenalan Islam siri yang kedua.

Ayuh,pemuda!!!
Kita tarbiyah diri!!!

p/s:Buat diri ini dan semua pembaca

0 comments:

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008