Saturday, February 7, 2009

Catatan Kembara Syitawi

Pada kali ini,diri ini akan berkongsi beberapa pengalaman semasa kembara syitawi(nama yg diberi oleh diri ini) di Mesir.Kembara ini merangkumi lawatan ke Sinai,Pantai Dahab dan Thoba selama 3 hari 2 malam.Kami,pelajar2 perubatan Kaherah tahun satu seramai 35 org beserta 9 org pengiring(terdiri drpd abg2 senior) bertolak dari ARMA(Asrama Pelajar2 Malaysia Abbasiyah) pd pukul 8.30 pagi.


HARI PERTAMA




(Berkumpul sebelum bertolak)

(Keadaan sebelum bertolak di dalam bas)

(Bas yg kami naiki...New Sahara)



(Abg Warouq memberikan sedikit taklimat...merupakan Pengarah Kembara)

Kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Sinai di sebuah perhentian pada pukul 10.30 pagi.



(Apalah yg Raziq tunggu tu...Ammu teksi ke?)

(Bersama Tuan Akmal dan Suhaib)

Pada pukul 10.45 pagi,kami tiba di satu tempat yg amat terkenal lebih2 lagi dalam buku Sejarah ketika sekolah menengah dulu ya'ni Terusan Suez.Terusan ini merupakan penghubung antara dunia Barat dan dunia Timur.Ia amat penting kerana sumbangannya terhadap ekonomi negara Mesir.Terusan Suez juga pernah menjadi rebutan antara Mesir dgn Israel dan akhirnya ia kini milik kepunyaan Mesir.



(Pintu Gerbang menunjukkan wilayah Suez)

(Terowong Suez)

Dikatakan panjang terowong ini sepanjang 1.8 km dan kedalaman antara laut(di atasnya) dgn terowong ini adalah 20 m.


(Terusan Suez terletak di atas terowong)

Kemudiannya,kami singgah di satu tempat yang mana pernah berlaku pertempuran antara tentera Mesir dan Israel iaitu perang 6 Oktober.Pernah dengar tentang perang ni?


(Setibanya di Barlev line,kubu ketiga)

(Rombongan kami)

(Atap bunker yg diperkukuhkan dgn rel kereta api)

Bunker ini digunakan oleh Israel sebagai kubu ketiga.Bunker ini amat teguh dan pesawat2 pejuang tentera udara Mesir hampir tidak dapat mengecam kubu ketiga ini disebabkan struktur pembinaan kubu yg hampir sama dgn keadaan sekeliling(adaption).


(Barisan mujahidin...hihi)


(Barang tinggalan Israel)



(Artileri yg digunakan untuk menembak jet pejuang Mesir)


(Bergambar bersama tentera Mesir yg mengawal Barlev line)


(Salah satu pintu masuk ke bunker)

(Barangan tinggalan tentera Israel di dalam bunker)


Sejarah Perang 6 Oktober :

Perang antara Mesir dan Israel ini sudahpun berlanjutan sejak tahun 1964 ketika zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir(pernah membunuh Sayed Qutub).Mereka berebut Terusan Suez yg mana merupakan tempat yg amat strategik bagi laluan kapal2 sama ada dari barat mahupun Timur.Secara tidak langsung,siapa yg menguasainya akan memberi impak yg positif terhadap pertumbuhan ekonomi.Pada masa itu,terusan Suez dikuasai oleh Israel dgn terbinanya 3 line(kubu) yg menghalang kemaraan tentera Mesir pada waktu itu.Pada zaman pemerintahan Anuar Sadat,tentera Mesir dapat menembusi ketiga-tiga kubu ini dgn perancangan yg agak rapi iaitu pd 6 oktober 1973.Begitulah ringkasan perang sikta uktuber(loghat org tempatan).


Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Thursina.Pada pukul 12.05 tengahari,kami singgah di Uyun Musa(air mata Nabi Musa),tempat persinggahan Nabi Musa dan kaum baginda suatu ketika dahulu setelah berjaya melarikan diri drpd Firauan dan bala tenteranya.

(Salah satu drpd 12 perigi Nabi Musa)


Kisah Nabi Musa dgn kaum baginda yg dahaga ketika berhenti berehat ini telahpun dinyatakan dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 60.

(Perjalanan yg mengambil masa selama 25 minit ke tempat rehat)



(Basuh tangan di salah satu perigi Nabi Musa)

(Antara jualan yg dijual di Uyun Musa...Banyaknya perhiasan!!!)


Selepas itu,kami singgah di Nozha Beach untuk solat Zuhur & Asar di situ.

(Masjid yg bernama...hihi..lupa pula nama)


Kami meneruskan perjalanan ke Jabal Musa dan kira2 dalam pukul 5.15 petang,kami singgah sebentar di salah sebuah maqam pesuruh Allah ya'ni maqam Nabi Salleh a.s.Subhanallah!!!Apabila kami turun dr bas,sepanjang jalan menuju ke maqam Nabi Salleh a.s berbau harum semerbak.Inilah tanda karamah yg Allah berikan kpd hambaNya yg berjuang menyampaikan da'wah kpd manusia.



(Papan tanda)



(Bersama Shafie)


(Bangunan putih 2 tempat maqam Nabi Salleh)

(Rahim,Shafie,Hilmi dan Engku di depan maqam Nabi Salleh)

Tepat jam 6 petang,kami tiba di satu tempat persinggahan berhampiran Gunung Thursina.Di situlah kami berehat(SOREKAN) sebelum meneruskan agenda berikut iaitu mendaki Gunung Thursina=Jabal Musa.Ekspedisi pendakian itu dijangka bermula pada pukul 12 tgh malam.

(Masing2 dah keletihan...Nak berehat sebelum mendaki)



(Bilik yg agak selesa)


Pengalaman seterusnya akan bersambung pd post yg berikutnya.Insya Allah.Catatan pengembaraan di Gunung Thursina.


Wallahu 'alam...

0 comments:

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Design by infinityskins.blogspot.com 2008