Catatan Kembara Syitawi
Pada kali ini,diri ini akan berkongsi beberapa pengalaman semasa kembara syitawi(nama yg diberi oleh diri ini) di Mesir.Kembara ini merangkumi lawatan ke Sinai,Pantai Dahab dan Thoba selama 3 hari 2 malam.Kami,pelajar2 perubatan Kaherah tahun satu seramai 35 org beserta 9 org pengiring(terdiri drpd abg2 senior) bertolak dari ARMA(Asrama Pelajar2 Malaysia Abbasiyah) pd pukul 8.30 pagi.
HARI PERTAMA
Kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Sinai di sebuah perhentian pada pukul 10.30 pagi.
Pada pukul 10.45 pagi,kami tiba di satu tempat yg amat terkenal lebih2 lagi dalam buku Sejarah ketika sekolah menengah dulu ya'ni Terusan Suez.Terusan ini merupakan penghubung antara dunia Barat dan dunia Timur.Ia amat penting kerana sumbangannya terhadap ekonomi negara Mesir.Terusan Suez juga pernah menjadi rebutan antara Mesir dgn Israel dan akhirnya ia kini milik kepunyaan Mesir.
Dikatakan panjang terowong ini sepanjang 1.8 km dan kedalaman antara laut(di atasnya) dgn terowong ini adalah 20 m.
Kemudiannya,kami singgah di satu tempat yang mana pernah berlaku pertempuran antara tentera Mesir dan Israel iaitu perang 6 Oktober.Pernah dengar tentang perang ni?
Bunker ini digunakan oleh Israel sebagai kubu ketiga.Bunker ini amat teguh dan pesawat2 pejuang tentera udara Mesir hampir tidak dapat mengecam kubu ketiga ini disebabkan struktur pembinaan kubu yg hampir sama dgn keadaan sekeliling(adaption).
Sejarah Perang 6 Oktober :
Perang antara Mesir dan Israel ini sudahpun berlanjutan sejak tahun 1964 ketika zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir(pernah membunuh Sayed Qutub).Mereka berebut Terusan Suez yg mana merupakan tempat yg amat strategik bagi laluan kapal2 sama ada dari barat mahupun Timur.Secara tidak langsung,siapa yg menguasainya akan memberi impak yg positif terhadap pertumbuhan ekonomi.Pada masa itu,terusan Suez dikuasai oleh Israel dgn terbinanya 3 line(kubu) yg menghalang kemaraan tentera Mesir pada waktu itu.Pada zaman pemerintahan Anuar Sadat,tentera Mesir dapat menembusi ketiga-tiga kubu ini dgn perancangan yg agak rapi iaitu pd 6 oktober 1973.Begitulah ringkasan perang sikta uktuber(loghat org tempatan).
Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Thursina.Pada pukul 12.05 tengahari,kami singgah di Uyun Musa(air mata Nabi Musa),tempat persinggahan Nabi Musa dan kaum baginda suatu ketika dahulu setelah berjaya melarikan diri drpd Firauan dan bala tenteranya.
Kisah Nabi Musa dgn kaum baginda yg dahaga ketika berhenti berehat ini telahpun dinyatakan dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 60.
Selepas itu,kami singgah di Nozha Beach untuk solat Zuhur & Asar di situ.
Kami meneruskan perjalanan ke Jabal Musa dan kira2 dalam pukul 5.15 petang,kami singgah sebentar di salah sebuah maqam pesuruh Allah ya'ni maqam Nabi Salleh a.s.Subhanallah!!!Apabila kami turun dr bas,sepanjang jalan menuju ke maqam Nabi Salleh a.s berbau harum semerbak.Inilah tanda karamah yg Allah berikan kpd hambaNya yg berjuang menyampaikan da'wah kpd manusia.
Tepat jam 6 petang,kami tiba di satu tempat persinggahan berhampiran Gunung Thursina.Di situlah kami berehat(SOREKAN) sebelum meneruskan agenda berikut iaitu mendaki Gunung Thursina=Jabal Musa.Ekspedisi pendakian itu dijangka bermula pada pukul 12 tgh malam.
Pengalaman seterusnya akan bersambung pd post yg berikutnya.Insya Allah.Catatan pengembaraan di Gunung Thursina.
Wallahu 'alam...
0 comments:
Post a Comment